Kitab Injil Barnabas

1:56 PG ---
Assalammualaikum, kaifa ya akhi wa akhowat, harap dalam baik-baik sahaja. Anda pernah dengar tentang kewujudan kitab injil barnabas? Kalau belum dengar saya mahu perdegarkan pada anda dan yang sudah dengar sama-sama kita mendalami dan tafsir makna dalam kitab injil barnabas. Saya di sini bukan mahu hina mana-mana pihak cuma mahu berkongsi dari sudut akademi sahaja. Semuanya sama di sisi yang maha Esa. Tiada yang buruk dan tiada yang tidak sempurna pada pandangannya. Semua ciptaannya ada kelebihan masing-masing. Cuma al-bir padanya sahaja yang membuatkan kita menjadi bertambah lengkap dengan pegangan tawhid serta punya taqwa yang kukuh. Kitab Injil barnabas disahkan tidak benar akan kesahihanya oleh para cendiakawan bukan islam. Dalam kita injil barnabas banyak menyokong asas-asas islam dan menolak segala kesahihan dalam kitab bukan islam. Mari kita mengkaji dengan kritikal dan membuat keputusan dengan logikal untuk mengenal pasti dakwaan oleh sesetengah cendiakawan yang mendakwa kitab injil barnabas lebih menyebelahi kitab orang islam.

Kedatangan Nabi Muhammad

Dalam kitab injil Barnabas ada menyentuh tentang kedatangan nabi Muhammad selepas nabi Isa dan menurut kitab injil ini lagi nabi isa sendiri mengakui bahawa ada nabi selepas baginda yang akan memimpin manusia. Selain daripada itu, baginda juga menyebut bahawa ajaran yang dibawa oleh Muhammad adalah ajaran yang benar datang dari Tuhan yang Maha Esa menurut kitab Injil Barnabas.

Yang Disembelih bukan Nabi Ishak tapi Nabi Ismail

Kitab Injil Barnabas menyentuh tentang korban yang diakukan oleh nabi Ibrahim a.s semasa baginda mendapat perintah daripada Tuhan untuk menyembelih anaknya iaitu nabi Ismail a.s. Menurut kitab injil yang dianuti oleh para pengikut nabi Isa mendakwa bahawa penyembelihan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s sebenarya adalah nabi Ishak a.s. bukan nabi Ismail a.s. Kitab Injil Barnabas menafikan akan kebenaran dalam kitab injil baru dan lama.


Nabi Isa bukan anak Tuhan

Dalam kitab Injil Barnabas menekankan bahawa nabi Isa a.s bukanlah anak tuhan tetapi hanya seorang rasul. Pernah Paul mendakwa nabi Isa a.s adalah anak tuhan tetapi dengan sekeras-kerasnya dinafikan oleh nabi Isa a.s sendiri bahawa baginda adalah utusan yang dihantar untuk memimpin bukanlah anak kepada tuhan dan jika sesiapa yang menyatakan baginda adalah anak tuhan maka mereka tergolong dalam kesesatan menurut kitab injil barnabas lagi.

Nabi Isa tidak mati disalib

Kitab Injil Barnabas juga mendakwa nabi Isa a.s tidak disalib bahkan baginda di naikkan ke langit tetapi Judas Iskariot yang mati disalib. Dalam kitab ini menjelaskan bahawa Judas Isakariot telah berkomplot dengan Yahudi untuk membunuh nabi Isa a.s lalu Tuhan mengangkat baginda naik ke langit dan Tuhan juga telah menukarkan wajah Judas Iskariot kepada nabi Isa atas perbuatan beliau untuk menghancurkan nabi Isa a.s. 

Banyak lagi yang terdapat dalam kitab Injil Barnabas yang mempunyai persamaan dengan sejarah islam selain daripada itu kitab ini juga menolak trinity  seterusnya kitab ini menjadi kitab yang daif bagi kaum samawi akan tetapi yang ditolak hanyalah versi Itali manakala versi sepanyol masih lagi boleh diterima pakai atas alasan mempunyai kesahihan yang hampir sama dengan injil lama. Kitab versi Itali ditoak kerana mempunyai keraguan akan masa dan waktu penulisan injil tersebut serta banyak didokong oleh umat Islam menjadikan kitab versi itali tdak boleh diterima pakai.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t