Sumber internet

3:45 PTG ---
Slm, kali ni ak nk bersembang ngn korg pasal sumber internet yang kita selalu baca dan acap kali kita terpedaya lebih-lebih lagi tentang isu-isu semasa. Aku tak bermaksud semua sumber daripada internet adalah palsu kerana hampir 60% daripada internet kita boleh mempercayainya cuma kita haruslah beringat-ingat sebelum terjerat. Sekarang ini dunia perlukan internet sebagai medium komunikasi sesama kita dan kebayakkan kehidupan harian kita bergantung pada internet contohnya facebook, myspace, twitter, friendster, taggged, interpals dan sebagainya utuk berhubung dengan orang tersayang mahupun dalam dunia  perniagaan. Apabila kita terbaca sesuatu yg mencurigakan lebih-lebih lagi yg menyentuh isu-isu sensitif seperti isu keagamaan, sentiment perkauman atau yang datang daripada anasir-anasir luar dimana sumber tersebut kita tidak tahu asal usul nya seperti perniagaan yang syarikat nya pun kita tidak pernah tahu kewujudan, tawaran gaji yg lumayan dengan kerja begitu mudah tanpa sebarang temuduga ataupun kelulusan, jackpot atau hadiah yg perlu kita bagi akaun kita untuk banking duit tanpa kita tahu siapa pemilik company tersebut. Justeru itu, kita harus periksa terlebih dahulu dengan siasat kesahihan sumber tersebut sebelum kita percayai kebenaranya. banyak perkara kita boleh lakukan dengan melayari laman web yang diperakui oleh kerajaan serta mengenal pasti sumber tersebut dengan mengetahui siapakah dibelakang tabir yang menyiarkan berita tersebut adakah beliau merupakan orang yang berfikiran waras ataupun seorang penipu dengan meminta belasa kasihan untuk kepentingan beliau sendiri. Sebagai kesimpulan, kita perlulah berhati-hati dan jangalah kita jadikan sumber internet sebagai primary source untuk dipercayai. Periksa terlebih dahulu sebelum buat keputusan. Slm

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t