Ummul Mukminin, Aisyah r.a berkata, suatu hari dia tidak menemui Rasulullah S.A.W dan baginda sedang menuju ke Baqi'( iaitu tempat makam kaum Muslimin di Madinah al-Munawwarah) lantas bersabda:
"Kesejahteraan bagimu, wahai penghuni kubur kaum Mukminin, kamu adalah orang-orang yang mendahului kami dan kami juga akan menyusulmu.
Ya Allah, janganlah Engkau halang pahala mereka dan janganlah pula Engkau timpakan fitnah kepada kami sepeninggalan mereka".
Seorang sahabat iaitu Buraidah bin al-Khashib r.a berkata: Rasulullah S.A.W telah mengajar mereka ketika pergi ke kubur, hendaklah mereka mengucapkan:
"Kesejahteraan bagimu, wahai para penghuni kubur daripada kaum Mukminin serta kaum Muslimin dan Insya-Allah kami juga akan menyusulmu. Kami memohon keampunan kepada Allah bagi kami akan juga bagimu".
(HR. Ibnu Majah daripada Buraidah bin al-Khashib)
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Kesejahteraan bagimu, wahai para penghuni kubur kaum Mukminin dan insya-Allah kami akan menyusulmu".
(HR. Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Sumber: {Hadis-Hadis Nabi SAW} Azab dan Nikmat Alam Kubur susunan oleh Abdul Aziz Ismail terbitan Progressive Publishing House SDN.BHD
2 comments:
alhamdulillah..bagus laa tazkirah ini..makaseh
@coretan antara kita sme2.. ap yg kita ad kita share b'sma.. :)
Catat Ulasan