mencari nur dibalik awan yang mendung

8:09 PTG ---
Sketsa masyarakat malaysia yang penuh corak warnanya diselit cerita pelbagai genre menghidupkan norma-norma kehidupan. Itulah masyarakat melayu kita yang berpijak di bumi yang sama berkongsi udara yang sama akan tetapi membenci sesama kita. Aku hanya penulis biasa tiada sifat-sifat halus hanya berkongsi aksara untuk kesedaran bersama. Adakah kalian sedar akan anasir-anasir busuk yang berdampig di sudut hati kita? Pernahkan kalian berfikir virus-virus benci ini akan menghancurkan diri kita sendiri? sejarah telah membuktikan kejatuhan sebuah bangsa kerana bangsa itu sendiri memporak perandakan bangsa mereka sendiri. 

Penyatuan tidak wujud dan tiada gengaman erat antara tangan-tangan cinta menyebakan bala kemusnahan. Kalian mesti terfikir apa yang aku cuba rungkaikan? Kata-kata aku merujuk kepada segelintir masyarakat kita yang anti kepada sesebuah negeri. Adakah baru sekarang kalian mengamalkan "kerana nila setitik rosak susu sebelanga"? Kalau kalian berfikiran begitu maka tak salahlah kalau aku mengatakan kalian biadap. Umpama jika orang yang berasal dari negeri kalian buat taik kat kalian sendiri adakah kalian akan men anti negeri kalian sendiri? Jawapanya mungkin tidak sama sekali. Ingat pada risalah dulu-dulu yang menyebut "ALLAH MENJADIKAN HAMBANYA SAMARATA DI SISINYA" bagi aku perkara ini sepatutnya tidak menjadi faktor kekangan kepada kita untuk terus maju kehadapan tetapi kerana segelintir sahabat-sahabat kita yang berfikiran kolot ini telah membantutkan usaha kita untuk terus mara kehadapan bersama-sama dalam arus perdana ini... 

Cukuplah kalian menyemai sifat benci-membenci terhadap sesebuah negeri kerana  sikap ini lah yang membuatkan kalian bertambah dengki dan hilangnya semangat setiakawan yang selama ini cuba dipupuk oleh para anbia kita..

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t