Memaparkan catatan dengan label Sepintas lalu tentang dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sepintas lalu tentang dunia. Papar semua catatan

Kaya manusia itu apabila dia mempunyai ilmu

10:00 PG ---
Assalamualaikum, tajuk yg saya cuba gambarkan kali ini mengenai kecintaan kita dalam mencari ilmu. Kita jangka menyangka bahawa pencarian ilmu ini berakhir apabila kita dah di saat-saat bertemu dengan Yang Maha Esa. Fahaman ini ternyata sama sekali meleset kerana ilmu harus dituntut kerana ia satu kewajipan. Ilmu yg kita peroleh bukan sahaja berguna pada diri kita bahkan kepada ummah kita jua. Kecekalan manusia terletak di akalnya yang mampu berfikir secara intelek. Jika kita punya ilmu sudah pasti kita dapat menghasilkan idea- idea yg baru. Adkah ilmu hnya berkaitan dgn akademik sahaja? pada pendapat saya, ilmu mencakupi segala konteks bukan sahaja utk bidang akademik. Untuk membaiki tayar pancit samada kereta mahupun motor kita perlu mengetahui bagaimana cara-cara membaiki atau menukarkan tayar dan ini merupakan satu knowledge yg berguna dewasa kini. Bahkan mop lantai juga dipelajari secara informal dan segala kita peroleh adalah ilmu bahkan sekecil atau semudah sesuatu perkara.

Dalam konteks ini, perlu difahami ilmu mudah untuk diperoleh dan mudah dilaksanakan. Jangan pernah lekang untuk mencari ilmu kerana dengan ilmu masyarakat itu kaya sebab input dan output yg diterima dan diberi sangatlah lengkap. Adakah ilmu hanya boleh diperoleh melalui buku sahaja? Pada aturan saya, ilmu bukan sahaja melalui buku kerana ia boleh diperoleh dimana-mana walaupun kita berada di dalam hutan. Contohnya, anda kelaparan di dalam hutan dan anda makan ikan dan rasanya kurang enak sama sekali. Ternyata sma skali anda sudah mengenali bahawa ada spesis ikan rasanya kurang enak. Oleh kerana itu, bukan susah nk mencari ilmu dan jgan jadikan alasan malas untuk mencari ilmu. Ingatlah wahai keturunan Adam A.S bahawa kekayaan seorang manusia diukur dengan adanya knowledge.
read more "Kaya manusia itu apabila dia mempunyai ilmu"

Bangga Berbahasa Melayu

11:56 PG ---
Assalammulaikum,

Kita sekarang menghadapi masalah dimana Bahasa Melayu mengalami kemunduran dan andai kata suatu hari nanti bahasa yang kita sanjungi ini akan luput ditenggelam zaman akibat sikap kita sendiri. Ada juga suara-suara yang mengatakan pengaruh bahasa inggeris punca dan penyebab kita mengendahkan bahasa melayu dan disebabkan bahasa inggeris adalah bahasa lingua franca pada abad ini maka kepentingan bahasa inggeris harus didahulukan dan bahasa melayu dikemudiankan.

Memang bahasa inggeris adalah bahasa penting pada masa sekarang akan tetapi kita tidak boleh mengenepikan bahasa ibunda kita kerana "bahasa menunjukkan bangsa" "bahasa jiwa bangsa" dan jika kita mengenepikan bahasa melayu sesungguhnya kita mengenepikan bangsa kita sendiri. Sehubungan dengan itu, adalah molek jika bahasa melayu begerak seiring dengan bahasa inggeris supaya kita dapat meningkatkan mutu bahasa kita.

Ada juga suara-suara sumbang yang akuh dan malu untuk berbahasa melayu walaupun sesama kaum. Golongan ini terlampau memuji-muji bahasa inggeris sehinggakan mereka menjadi lupa daratan akibat taksub dengan bahasa inggeris. Tidak salah untuk berbahasa inggeris akan tetapi perlulah berbahasa melayu juga. Suaikan keadaan untuk berbahasa janganlah dengan setiap kolompok masyarakat kita berbahasa inggeris sahaja kerana berbanggaa kita fasih berbahasa inggeris. Jika anda berbabgga bahasa inggeris tetapi bangsa asing yang pandai bercakap bahasa inggeris bangga apabila ia mampu bertutur dalam bahasa melayu kerana bahasa melayu adalah antaran bahasa yang paling tua di dunia.

Sejarah sendiri telah mengatakan bahawa bahasa melayu adalah bahasa yang tergolong dalam bahasa astronasia yang dimana mencakupi hampir seluruh nusantara. Semasa pemerintahan raja-raja melayu terdahulu, bahasa melayu merupakan bahasa perdagangan, pentadbiran, medium komunikasi harian dan sebagainya atau lebih tepat lagi dikenali sebagai bahasa lingua franca.

Soalah yang selalu diajukan oleh orang ramai kepada Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) ialah adakah bahasa rojak atau slanga tergolong dalam bahasa melayu? Jawapan yang diberikan adalah tidak benar kerana bahasa rojak(pasar) ini antara penyebab bahasa melayu makin meleset statusnya. Kebanyakkan masyarakat melayu lebih gemar berbahasa pasar dan ini akan memberi natijah kepada perkembangan bahasa melayu. Oleh yang demikian penggunaan bahasa rojak perlu dikurangkan kerana ia dapat membantu menaikkan semula martabat bahasa melayu.

Permasalahan ini juga turut berlaku dalam sektor kerajaan apabila kajian dilakukan oleh Dr. Awang Ahmad mendapati hanya 60% sahaja penggunaan bahasa melayu akan tetapi tidaklah semua menggunakan bahasa melayu formal. Apakah kita sudah ditenggelamkan dengan keampuhan dan leka kita terhadap bahasa melayu? siapakah yang diharus disalahkan kalau bukan diri kita sendiri yang cuba untuk memencilkan bahasa kita sendiri. Bahasa melayu cuba sedaya upaya untuk bertahan sungguhpun ia sekarang berada dalam keadaan tenat. Ingatlah, sesuatu bangsa itu akan maju apabila bahasanya turut sama maju. Bahasa melayu menjadi adat umpama pepatah melayu tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pertahankan adat kita selagi kita mampu sebelum ia ditenggelam zaman. Wassalam.
read more "Bangga Berbahasa Melayu"

Apakah sebenarnya AUKU

3:11 PTG ---
Assalammulaikum, sudah lama tidak menulis di blog ini kerana sibuk dengan urusan harian. Topik nak ceritakan pada hari ini lebih kepada informasi kepada pelajar-pelajar universiti kerana ada segelintir pelajar universiti masih tidak tahu apa itu AUKU. Kita selalu dengar di dada-dada akhbar dan dikaca televisyen mengenai AUKU yang selalu dibangkitkan oleh para siswazah.

Persoalan utama sekarang ini adakah para siswazah mengetahui apa itu AUKU? atau hanya mengetahui AUKU menyekat kebebasan siswazah dalam penglibatan politik. Ini lah yang masih di alami oleh sesetengah siswazah yang masih tidak mengerti apa itu AUKU. Saya pernah menjalakan kajian di satu universiti tempatan tentang AUKU dan kebanyakan mereka tidak mengetahui 100% apa sebenarnya AUKU.

Penuntut universiti tempatan haruslah peka tentang AUKU kerana ini adalah undang-undang yang harus dipatuhi. Disamping itu,AUKU bukan sahaja meliputi pelajar bahkan tenaga pengajar juga terlibat dalam AUKU. Perkataan AUKU adalah singkatan bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti yang merangkumi tata tertib dan undang-undang dalam etika dan sistem yang terdapat di setiap institusi pengajian tinggi tempatan.

Penekanan ini bukan sahaja meliputi peraturan asas bahkan penyusunan sistem akedemik juga menjadi faktor utama. Kerajaan juga ada melonggarkan sedikit daripada Akta yang lama dan digubal lebih bebas cntohnya pemilih rektor atau dekan, pelaksanaan undang2 dalam universiti dan sebagainya.

Ada yang berpendapat AUKU patut dihapsukan kerana tidak sesuai diguna pakai pada zaman sekarang dan ada yang berpendapat harus dikaji semula dan pendekatan kedua di ambil oleh pihak kerajaan bagi membuatkan sistem universiti lebih tersusun dan bebas.

Bagi sesetengah siswazah, mereka mahukan kebebasan dalam politik kepada penuntut universiti perlu dilonggarkan dan ada juga yang berpendapat bahawa perlu dikekalkan akta tersebut. Pendapat 1 ada juga mendapat sokongan daripada pihak atas dan pernah dibahaskan dan majoriti pula berpendapat siswazah tidak perlu terlibat dalam politik atas sebab2 tertentu.

Yang paling penting AUKU bukanlah semata-mata mengenai penglibatan siswa dalam politik bahkan ia mencakupi segala peraturan yg melibatkan universiti dan kolej universiti daripada peringkat atas sehinggalah ke akar umbi.
read more "Apakah sebenarnya AUKU"

Dunia Dunia Dunia

2:44 PG ---
Assalammualaikum, saya disini bukan nak berpolitik tapi sedih melihat segelintir masyarakat yg seagama dengan kita dan sebangsa dengan kita sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka yang salah dari segi undang-undang dunia dan akhirat. Tepuk dada tanya iman bukan sekadar tepuk sahaja tanpa menilai kesahihan sesuatu berita. Ada antara kita apabila sebut sahaja tentang politik mula jadi emotional. Daripada kawan jadi lawan kerana berbeza fahaman politik. kebanyakkan kita mudah percaya jika terlampau taksub sampai terlupa untuk menilai kebenaran sesuatu cerita tersebut. Dan ini membuatkan kita untuk menerima bulat-bulat apa yang disampaikan. Saya ada sertakan sekeping gambar yang tidak berapa jelas dan saya harap anda semua dapat menilai kesahihan gambar ini yang dikaitkan untuk menghina sesetengah pihak. Ada pihak yang mengatakan beliau yang di dalam gambar menganjurkan perkara yang ada di dalam gambar. Jika anda berasa gambar ini adalah tulen terpulang kepada anda kerana mungkin anda ada sebab yang sendiri. Mari kita lihat sama-sama gambar tersebut:



Jika anda teliti mata kasar gambar di banner anda akan nampak perbezaan yang ketara antara dua manusia di banner tersebut. Seorang kepala kecil dan seorang lagi kepala besar. Disamping itu, fizikal badan dan kepala tidak sekata kerana badan mengadap ke depan akan tetapi kepala menoleh. Andalah yang membuat keputusan samada gambar tersebut benar atau tidak. Akhir kalam, sampaikan cerita yang benar kerana ia dapat mengelakkan fitnah.
read more "Dunia Dunia Dunia"

Aduh!! sakitnya gigi

1:34 PTG ---
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada kali saya ingin berkongsi tentang natijah apabila anda lambat merawat gigi anda. Sebagaimana kita tahu, sakit gigi adalah salah satu faktor yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Ini kerana kebiasaanya, pesakit yang mengalami sakit gigi yg kronik akan mempercepatkan jangkitan kuman daripada gusi ke organ-organ dalaman lain terutamanya jantung. Sebilangan daripada kita membiarkan sakit gigi kerana beranggapan mungkin akan hilang dengan sendirinya akan tetapi kesakitan itu makin terasa dan membengkak. Apabila gusi sudah membengkak maka gusi anda secara langsung telah dijangkiti kuman dan boleh mengakibatkan nanah. Oleh itu, kita perlu bertindak di peringkat awal lagi supaya dapat menghalang jangkitan kuman. Apabila gusi anda sudah dijangkiti kuman maka anda ada dua pilihan samada mencabut gigi anda atau membuat pembedahan di gusi yang berjumlah lebih kurang rm 350. jika anda biarkan dengan lebih lama tanpa sebarang rawatan kemungkinan besar gusi anda mula berdarah dan gigi anda sudah pasti rosak. Kes ini langsungnya terjadi kepada pesakit gigi yang mengalami gigi berlubang. Justeru itu, apabila gigi anda berlubang anda pastikan untuk mendapat rawatan dengan segera supaya dapat mengelakkan daripada gusi anda dijangkiti kuman dan gigi anda menjadi reput.

Selain itu, jika anda memberus gigi dan mudah berdarah kemumgkinan besar gusi anda lembut atau plat pada gigi anda sudah menjadi keras. Justeru itu, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar gigi untuk mendapatkan nasihat dalam penjagaan gigi. Saya syorkan anda melakukan scaling gigi atau dalam bahasa mudah pembersihan gigi untuk 6 bulan sekali bagi menjaga gigi anda. Selain daripada rawatan terkini anda boleh juga menjaga gigi anda melalui kaedah traditional. Di samping itu, anda perlulah memeriksa gigi anda secara berterusan bagi memastikan gigi anda berada dalam keadaan sihat sentiasa. Di sini saya juga ingin menegaskan bahana sakit gigi jika anda tidak merawat dengan cepat kerana kesakitan pada gigi dan gusi akan membuatkan anda tidak mudah tidur lena, terasa sakit sampai ke otak, bengkak di gusi mula merebak dan gigi anda mula menjadi reput dan mudah berdarah. Selain daripada itu, anda jangan cabut gigi anda ketika sakit kerana mungkin akan memberi kemudaratan kepada nyawa anda sendiri. Selalunya doktor gigi tidak akan mencabut gigi pesakit ketika gusi mereka masih lagi bengkak kerana khuatir kuman daripada gusi akan merebak ke organ-organ yang penting. Oleh itu, doktor akan memberi ubat antibiotik dan ubat bengkak untuk surutkan kesakitan. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang penjagaan gigi, anda boleh melayari laman sawang yang dianjurkan oleh dokt0r-doktor gigi atau pergi terus ke klinik gigi berhampiran anda untuk maklumat lebih lanjut.
read more "Aduh!! sakitnya gigi"

Iman senjata kita

3:15 PTG ---
Assalammualaikum, saya ada dengar daripada bekas mubaligh kristian bahawa mubaligh kristian di malaysia sangat aktif dan dikenali sebagai MCA (Malays and Malaysian Christian Associatian). Mereka akan melakukan apa cara sekalipun untuk memesongkan akidah orang melayu yang beragama islam untuk keluar daripada agama mereka dan memeluk ajaran kristian. Pelbagai cara yang telah mereka jalankan terutama terhadap remaja melayu kita supaya terpesong daripada akidah mereka samada melalui cara kasar mahupun cara halus. Operasi mereka tidak asing lagi bagi kita kerana kita sudah mengetahui akan pergerakan mereka yang giat aktif dewasa kini. Pergerakan mereka boleh dikesan melalui risalah-risalah yang disebarkan kepada orang melayu yang mempunyai unsur-unsur kristian, selain itu, cara mereka untuk menarik orang melayu terutama dikalangan remaja dengan membantu mereka dari segi kewangan. Kebanyakan remaja melayu kita sudah tegar dengan budaya barat seperti melepak di kelab dan berhibur sehingga lalai dengan meminum arak, berzina dan sebagainya menjadi senjata kepada pendokong kristian untuk menyebar ajaran mereka serta memesongkan akidah orang islam. Cara yang paling mudah adalah dengan berlanja minuman keras yang sudah pasti harga mahal kepada remaja melayu yang akidah mereka sudah tercemar. Dengan alasan ini mereka dapat mempengaruhi remaja melayu untuk meninggalkan ajaran islam dan memeluk ajaran kristian. Tambahan pula mereka juga akan mempengaruhi melalui kesempitan wang kepada belia melayu untuk melanjutkan pelajaran dengan memberi bantuan biasiswa dan sebagai ganti pemuda-pemudi islam harus menukarkan agama mereka ke jalan yang songsang menurut pada ajaran islam.

Kebanyakkan orang melayu yang beragama islam tidak mengamalkan agama islam dan ada juga yang berasakan bahawa ajaran islam ini kolot dan sangat ketat untuk dilaksanakan. Golongan ini menjadi sasaran kepada pendokong kuat ajaran kristian untuk menutup mata mereka dengan benda-benda yang mereka inginkan seperti kebebasan untuk menukar jantina, kebebasan untuk melakukan maksiat, dan sebagainya. Oleh itu, ada antara mereka sanggup menukarkan pegangan islam semata-mata menurut hawa nafsu mereka sahaja. Mubaligh kristian juga pasti mahukan kejayaan mereka berhasil dengan mengaburi mata orang melayu melalui sumbangan wang ringgit kerana wang adalah jalan untuk keluar daripada kesempitan. Ada juga menggunakan taktik hasutan halus melalui muzik umpama kepada remaja-remaja melayu yang minat mempelajari muzik maka penyebar dakyah agama yesus christ ini akan menawarkan pakej percuma untuk mempelajari muzik dengan sempurna. Akan tetapi ada natijah disebalik kebaikan yang dilakukan kerana muzik yang diajar pasti mengandungi unsur-unsur keagaamaan yang pasti memesongkan akidah umat islam terutama bangsa melayu. Disamping itu, ada juga mengunakan cara ikatan cinta dengan menaburkan cinta-cinta palsu yang pasti akan terjerat kepada orang melayu terutama wanita yang sudah tenggelam dengan ayat-ayat cinta yang dilafazkan atas nama yesus christ. Golongan yang mudah terdedah pasti lah kepada mereka yang hidup dengan kehidupan yang liar dan membelakangkan agama islam akhirnya mereka terjerat dalam jerat pastor kristian.

Konklusinya, kita yang beragama islam dan adalah bangsa melayu perlulah mengambil berat akan hal ini dengan lebih pendedahan kepada ajaran islam supaya kita tidak mudah alpa dan kecundang dalam jerat yang dipasang oleh pihak yang ingin menyesatkan kita dengan anasir-anasir sesat. Oleh itu, kita haruslah menguatkan akidah kita dengan mendalami agama kita dan mencari keindahan agama kita dan dengan cara ini kita dapat menempis segala kekangan yang dihadapi dengan mudah kerana kita tahu kita berada dilandasan yang benar dan aksara yang ditulis adalah daripada Tuhan yang benar.
read more "Iman senjata kita"

Sediakan payung sebelum hujan

5:52 PTG ---
Salam muhibah salam perkenalan, kali ini saya nak memberitahu perkara penting yang melanda negara kita. Di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca terlevisyen gempar dengan kes jenayah yang melimbatkan penggunaan asid sehinggakan sampai ke telinga menteri-menteri untuk dipertimbang penjualan dan penggunaan asid di negara kita. Kes jenayah ini dilakukan oleh 2 pemuda berbangsa india dan seorang berbangsa cina. Mereka kebiasaannya menunggang motorsikal dan melemparkan asid tersebut ke orang awam terutama wanita. mereka sering aktif di sekitar kuala lumpur, wangsa maju, brickfields dan kawasan yang mempuyai tumpuan orang ramai. Pihak polis melaporkan bahawa orang yang terlibat memilih mangsa secara random. Selain daripada itu, pihak polis juga menasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama golongan wanita ketika hendak keluar ke pusat bandar.Asid tersebut disimpan di dalam botol yang dikerat dan diletakan dalam plastik bag sebelum dicampakkan ke mangsa. Banyak kes sudah dilaporkan melibatkan simbahan asid ini dan jumlah mangsa juga termasuk pelancong asing yang datang mengunjung ke negara kita.

Oleh itu, anda haruslah lebih peka dan berhati-hati dengan penuggang motorsikal honda EX5 berwarna hitam dan juga ketika berada di perhentian bas kerana anda mungkin menjadi mangsa seterusnya. Justeru itu, kita haruslah menyediakan payung sebelum hujan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku ke atas kita. Tambahan pula, jika anda mengecam muka yang terlibat lebih afdhal jika anda terus berhubung dengan pihak polis supaya kita dapat mengekang perkara ini daripada terus berlarutan. Tindakan yang wajar perlu diambil kerana kita rakyat malaysia yang mengamalkan prinsip keprihatinan dan dengan cara ini kita dapat bekerjasama dengan pihak polis untuk membenteras jenayah bersama-sama.Untuk membantu pihak polis anda turut sama dengan menjadi sebahagian daripada mereka iaitu menyertai rakan kop. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang rakan kop anda boleh melayari laman web rasmi mereka iaitu http://www.rakancop.net/
read more "Sediakan payung sebelum hujan"

Bujang Senang mitos atau kebenaran

11:54 PG ---
Nama "bujang senang" begitu sinonim dengan kepercayaan masyarakat Sarawak. Bujang senang dikaitkan dengan buaya yang saiznya dua kali ganda besar daripada buaya biasa. Selain daripada itu, bujang senang juga menjadi ketakukan kepada masyarakat Sarawak kerana manusia adalah habuan kepada pemangsa ini. Cerita tentang bujang senang menjadi cerita lagenda dari turun termurun. Justeru itu, untuk membuktikan kisah ini adalah benar atau mitos perlulah disediakan bukti untuk membuktikan kesahihan cerita ini. Soalan yang perlu dijawab ialah adakah bujang senang wujud di sekitar sungai sarawak atau hanya sekadar cerita? Sebenarnya, bujang senang memang wujud di perairan Sarawak kerana buaya yang bersaiz besar memang diperakui ada di mana-mana sahaja terutama di Afrika dan Asia.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 1992 memaparkan bangkai Bujang Senang yang ditembak di Sungai Pelaban, Sri Aman, Sarawak. Buaya ini pernah mengemparkan masyarakat Sarawak kerana keganasan yang pernah dilakukan dengan menjadikan manusia sebagai sumber makanan. Ini membuatkan pihak polis melancar operasi besar-besaran untuk menangkap buaya tersebut daripada terus mengganas. Akhirnya, buaya tersebut berjaya ditumpaskan dan mati ditembak oleh penduduk kampung. Rangkanya boleh didapati di Ladang Buaya Jong. 

Rangka kepala bujang senang yang telah berjaya ditangkap

Justeru itu, bolehlah dikatakan bahawa kewujudan bujang senang bukanlah sebuah kisah langenda tetapi adalah satu kebenaran dan kewujudan pemangsa ini yang bermaharaja di sungai Sarawak.

read more "Bujang Senang mitos atau kebenaran"

Pandang ke Atas Lantas Terfikir

2:35 PTG ---
Uit, pada 23 mac 2011 hari Rabu dalam jam 1.10 ptg , aku ngn member aku nak keluar g makan tgh hari kat area BMi. Sebelum aku ngn die bertolak g sana tetiba nampak kucing duk kat tingkat 2 blok H kolej Zubair... Pelik gakla camne kucing tu leh panjat sampai  atas tu...


Kucing yang ngh melepak kat tingkat 2 betul-betul mengadap tempat parking motor kat sebelah kanan.. kat bawath tu pintu masuk blok H. Selain daripda tu, Blok kt mahalah zubair ada 4 tingkat sahaja. 


Memang sempoi la kucing ni.. Aku pelik camne die leh panjat.. Agaknya die masuk ikut bilek tingkap yang terbukak sebelah kiri  atau tingkap kecik dapur tempat basuh baju.. Dgn selamber die lepak kat situ uat-uat tak tahu ada orang sedang memerhatikan beliau dari bawah.. 

read more "Pandang ke Atas Lantas Terfikir"

Persoalan yang memerlukan jawapan

10:58 PG ---
Assalammualaikum, kali ni saya nak bincangkan topik pasal Menara Berkembar Pertronas yang dikaitkan dengan freemason. Kalau anda melihat dokumentari the arrival mungkin anda perasaan menara berkembar pertronas juga ada kaitan dengan freemason dan lebih tepat lagi sebagai pintu gerbang ke dunia lain. Struktur yang ada pada menara berkembar petronas juga dikaitkan dengan freemason seperti lantai yang berpetak-petak, menara dua tegak terpacak dan lambang suria menara berkembar petronas. Saya belum sempat lagi untuk menjalankan kaji selidik pada menara berkembar petronas untuk membuktikan ia benar-benar ada unsur freemason atau tidak tapi saya kemukan pendapat yang menganggap menara berkembar petronas adalah masons. 


Pintu gerbang freemason


 2 Tiang yang terpacak dikaitkan mengambil 2 tiang pada pintu gerbang freemason


Ini adalah lantai yang terdapat di  kuil Mason  bercirikan petak hitam dan putih


Lantai yang ada pada menara berkembar petronas dikatakan ada ciri-ciri freemasons


Mata yang melihat segalanya adalah lambang freemason


Lambang Menara Berkembar Petronas yang dikatakan ada persamaan dengan freemasons
Saya tidak menolak pendapat sesetengah pihak yang mengatakan menara berkembar petronas dikaitkan dengan freemasons kerana masing-masing ada pendapat tersendiri dan telah membuat sebaik-baik penilaian. Sejak menara berkembar petronas siap dibina pada tahun 1998 ia dikatakan mempunyai ciri-ciri islam dalam reka bentuknya.. 

Ini adalah Rub el-hizb lambang islam



keratan rentas kedua-dua menara mempunyai ciri-ciri rub el-hizb

Selain daripada itu, Tun Dr Mathathir mahukan rekabentuk menara berkembar pertronas mempunyai ciri-ciri kesenian islam sebagai lambang Malaysia sebuah negara yang penduduknya ramai beragama islam. Saya tidak boleh menjawab persoalan ini kerana saya perlukan bukti yang kukuh mengatakan ia ada kaitan dengan freemasons justeru itu saya mungkin akan menjalankan sedikit kaji selidik untuk membuktikan kesahihan yang digambarkan oleh sesetengah pihak. Akan tetapi saya tidak menolak segala penjelasan yang diberikan kerana kemungkinan ada rahsia tersembunyi disebalik rekabentuk menara berkembar petronas. Yang pastinya menara berkembar petronas menjadi kebanggan rakyat malaysia kerana ia telah membantuk Malaysia dikenali di seluruh pelusuk dunia dan pernah mengharumkan nama negara sebagai menara tertinggi di dunia satu ketika dulu.  
read more "Persoalan yang memerlukan jawapan"

Kod Morse

9:31 PG ---
Pada awal 1836 Samuel F.B Morse , Joseph Henry dan Alfred Veil telah mencipta telegraf elektrik sistem. Sistem ini menghantar aliran elektrik melalui wayar yang mengawal elektromagnet terletak di hujung bahagian penerima pada telegraf. Kod Morse adalah kaedah menghantar pesanan melalui bunyi beep on/off , cahaya lampu kejap padam kejap hidup atau klik yang mudah difaham oleh penerima. Selain daripada itu, kod morse ini biasa dilakukan oleh trafik udara dan juruterbang. Selain daripada itu, kod morse juga digunakan oleh tentera seperti yang pernah dilakukan oleh tentera amerika pada tahun 2005. 


Ini adalah huruf-huruf dan bunyi on/off pada kod morse



Ini adalah peralatan yang digunakan untuk menghantar kod morse


Kod Morse antarabangsa adalah berbeza dengan kod morse yang dicipta pada awalnya. Ia dicipta oleh Fredrich Clemence Gerke pada tahun 1848 dan mempunyai sedikit perubahan pada huruf-huruf kod morse sebelumnya. Disebabkan itu, kod morse terbahagi kepada dua iaitu kod morse amerika dan kod morse antrabangsa. 



Ini adalah kod morse versi Amerika yang masih digunakan pada masa sekarang
read more "Kod Morse"

Perubahan dalam Pembaharuan

5:18 PTG ---
    

    Melihat pada peta di atas kita dapat saksikan revolusi tersebut bermula di Tunisia dan merebak ke negara arab yang lain. Negara yang terlibat kebayakannya adalah negara yang di kawal oleh diktator dan hanya segelintir di negara-negara monarki. Revolusi berlaku mungkin rakyat sudah tidak tahan lagi dengan pemimpin mereka mentadbir negara dengan tidak telus dan tidak accountability serta transparent . Ini jelas dapat kita saksikan melalui perhimpunan besar-besaran untuk menuntut supaya pemimpin mereka meletak jawatan.  Selain daripada itu, kebanyakan negara arab adalah pro amerika dan secara terang-terangan ekonomi mereka juga bakal di salur ke negara-negara barat terutama amerika. Ini bukanlah menjadi faktor utama pencetus revolusi tetapi dari sudut pandangan ekonomi masih lagi tidak jelas wang yang dipegang oleh kerajaan diktator ini adakah di uruskan dengan amanah atau tidak masih lagi tidak jelas untuk dinyatakan. Semangat rakyat yang bencikan pemimpin mereka sudah lama tertanam seperti bom jangka masa yang menanti untuk meletup sahaja. 

    Apabila mereka melihat Tunisia bangkit menentang pemimpin mereka lalu ia menjadi jejak langkah kepada bangsa arab yang lain untuk bangkit menentang diktator di negara mereka sendiri. Sebenarnya kebangkitan suara rakyat bukanlah perkara yang baru kerana semasa pengaruh muslim brotherhood di mesir pernah mencentuskan revolusi dan seterusnya menjadi ikutan terutama di indonesia dan tanah melayu semasa ingin mencapai kemerdekaan. kalau anda tidak percaya anda boleh baca buku yang dikarang oleh ahmad bostaman iaitu testamen api politik yang ada dipengaruhi oleh kebangkitan di mesir. Selain daripada itu, penduduk arab inginkan demokrasi yang sah bukanlah demokrasi yang hanya pada nama sahaja. Kebanyakan pemimpin di negara arab memimpin negara mereka berbelas dan berpuluh tahun akibat daripada itu, pemimpin mereka mengambil kesempatan lalu membuatkan mereka menjadi jelek dengan perbuatan pemimpin mereka sendiri. 

Kedudukan Tripoli milik Ghadafi dan Benghazi miik pembangkang tidak begitu jauh

     Mereka inginkan pembaharuan dalam sistem pentadbiran mereka kerana mereka tahu pentadbiran negara mempengaruhi struktur socio-ekonomi di negara mereka. Dalam sejarah Mesir, inilah pertama kali mereka untuk terlibat dalam proses mengundi secara demokrasi kerana sebelum ini walaupun ada proses mengundi tetapi tiada calon pembangkang untuk mengundi hanya tanda samada menyokong atau tidak menyokong pemimpin mereka. 

    Di Libya, perperangan antara tentera ghadafi dengan pembangkang. Tripoli ibu negara Libya dikawal oleh kerajaan dan Bengazhi pula dikawal oleh pembangkang. Ini telah menyebabkan negara luar untuk campur tangan hal dalaman di negara tersebut. Sama juga berlaku di Bahrain, Syria dan Yemen di mana pemberontakan yang berlaku telah meragut ramai nyawa. Pemberontakan yang terbaru berlaku di Jordan sebuah negara dibawah naungan raja sebagai pemimpin. Apabila berlaku di negara ini buat kita fikir akan revolusi perancis 1789 yang menyebut tentang freedom, equality dan fatality untuk menjatuhkan raja louis  XVI supaya negara perancis menjadi sebuah negara yang berdemokrasi. Ada yang tidak mahu menukarkan pucuk pimpinan mereka tetapi mahukan menukarkan undang-undang bagi mereka tidak bersesuaian pada masa kini seperti yang berlaku di Syria.

read more "Perubahan dalam Pembaharuan"

Masa Untuk Bumi

11:23 PG ---
Assalammualaikum, pencinta alam mungkin sudah tahu hari ini hari yang  penting dan pasti sudah tertulis dalam kelendar anda. Kepada sesiapa yang masih belum mengetahui lagi, sebenarnya hari ini bertarikh 26/03/11 ialah masa untuk bumi "earth hour". Kebiasaanya tepat pada pukul 8.30 malam di negara -negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini akan mematikan elektrik selama satu jam.Tabung Alam Sedunia (WWF) telah mengajurkan program ini selama 4 tahun dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua pihak. Pada asalnya masa untuk bumi dianjurkan oleh negara Australia pada tahun 2007 di bandar sydney dan acara ini mendapat sambutan yang hangat lalu ia dipopularkan ke seluruh pelusuk dunia. Selepas elektrik dihidupkan kembali, marilah kita sama-sama bermuhasabah apa yang kita mampu lakukan untuk menjaga flora dan fauna serta memastikan kebersihan di dunia terjaga. Inilah yang cuba dicapai oleh WWF dengan harapan motif mereka tercapai dan dapat memberikan kesedaran pada penduduk bumi. Malaysia pernah terlibat dengan masa untuk bumi pada 28 Mac 2009 di mana menara KLCC dan kL tower gelap selama sejam. 


 Gambar Masa Untuk Bumi di Kuala Lumpur pada tahun 2009


Masa Untuk Bumi pada malam ini  26 Mac 2011
read more "Masa Untuk Bumi"

Kisah daripada pihak kanan

10:38 PG ---
Assalamualaikum,  kali ini saya ingin membawa anda ke kisah yang anda belum pernah lagi atau terbit di mana-mana media massa. Kebanyakan kisah ini hanya berpihak sebelah pihak sahaja akan tetapi setelah sekian lama maka satu kisah daripada sudut pihak yang berbeza mula merangkak perlahan-lahan dalam kisah yang sama. Mesti anda semua tertanya-tanya apa yang saya cuba sampaikan.. Sebenarnya ini mengenai filem Miral yang pernah menjadi kontroversi dan dapat penentangan sebelum di tayangkan. Filem Miral ini mengenai seorang budak perempuan yang hidup dalam kesusahan selepas  negara palestin  dijajah dan sehinggalah kebangkitan intifida yang pertama. Sebelum ini, kita selalu lihat filem yang berpihak pada bukan palestin dan menceritakan kekejaman yang dilakukan oleh palestin tanpa mengenal pasti sebab mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Masyarakat dunia hanya tertumpu pada pihak ini sahaja akan tetapi setelah terbitnya filem ini mungkin mampu untuk mencelikkan mata masyarakat dunia untuk melihat pada sudut pandangan lain pula apa sebenarnya terjadi di palestin. Sebelum itu, saya nak kongsi sedikit yang terjadi kepada Al-aqsa di mana masjid tersebut sebenarnya berada dalam keadaan yang tidak sempurna.. Selain itu, jika kita ingin masuk untuk menunaikan solat, kita perlu melepasi sistem keselamatan yang cukup ketat hanya untuk menunaikan solat di Al-Aqsa.  


Kubah yang warna kuning itu sebenarnya adalah kubah batu dan bukanlah al-aqsa. Masjid Al-aqsa yang sebenar adalah yang berada di sebelah kanan.

Kebayakan kita masih lagi berasakan kubah batu  adalah al-aqsa dan ini bukanlah salah anda tetapi ini adalah cara media untuk memanupulasi sebaik yang mampu. Dengan gambar yang saya tunjukan ini dapat mencelikan mata untuk berfikir secara kritis dan logik untuk mencari kesahihan. 


Filem Miral yang menceritakan pada pandangan penduduk palestin tentang keadaan yang berlaku di palestin

read more "Kisah daripada pihak kanan"

Keluhan yang pasti tak berkekalan

9:57 PG ---
Assalammualaikum, pada pagi yang mulia ini bertarikh 26/03/11 ingin berkongsi cerita yang berlaku di Yemen. Pada petang jumaat yang lepas bertarikh 25/03/11 di tengah ibu kota Sana'a Yemen, president Ali Abdullah Salleh berjanji akan meletak jawatan tetapi hanya kepada pemimpin yang layak untuk memimpin negara tersebut dalam ucapan beliau sebelum bermulanya solat jumaat. Beliau menyeru semua rakyat negara tersebut untuk bersatu bersama dengan kerajaan menentang penunjuk perasaan kerana ini boleh melumpuhkan proses pemulihan di Yemen. Kebanyakkan penujuk perasaan tidak menyambut baik ucapan president mereka dengan menganggap hanya janji manis sahaja dan beliau tidak akan menepati janji. Selain itu, President Ali akan melepaskan jawatan beliau pada akhir tahun ini supaya dapat mencari orang yang layak untuk mengantikan tempat beliau. Walaupun penunjuk perasaan tidak menyokong kenyataan tersebut akan tetapi kebanyakkan pro kerajaan menyambut dengan tangan terbuka kata-kata president mereka.

Ini adalah gambar penunjuk perasaan berarak beramai-ramai di Sana'a Yemen sebagai tanda bantahan terhadap pemimpin mereka


Wanita Yemen juga turut sama meluah ketidakpuas hati terhadap kerajaan mereka



Pro kerajaan turun beramai-ramai sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan mereka

 
Berhimpun beramai- ramai tanda setia  terhadap kerajaan mereka

Walaupun penduduk Yemen sendiri tidak tahu bilakah ini akan berakhir akan tetapi dalam diri mereka pasti mahukan penamat  dan penamat tersebut mestilah memberikan kebaikan kepada mereka. Setiap yang mereka inginkan sama ada perubahanan pada tampuk pemerintahan atau yakin pada pemerintahan sekarang akan memberikan kebaikan pada masa akan datang... Yang pasti itulah suara mereka dan hak mereka untuk mereka pertahankan demi negara mereka yang tercinta...
read more "Keluhan yang pasti tak berkekalan"

Tunas Dalam Debunga

9:09 PTG ---
Assalammualaikum, kita tau negara kita merdeka bila dan gimana negara kita bisa mendapatkan kemerdekaan tetapi adakah kita sedar akan keistimewaan negara kita yang enggak bisa ada pada negara lain. Negara kita punya raja punya kerajaan dan bukan lah sebuah republik... Akan tetapi jika ditanya oleh orang luar nanti saya harap kalian bisa menjawab dengan  mudah sama ada negara kita monarki atau demokrasi... Negara kita dari sudut kita fahami adalah raja berperlembagaan dan kita harus faham gimana sistem di negara kita dijalankan adakah seperti sistem monarki atau demokrasi... Kalian, monarki bermaksud total kuasa di tangan raja dan demokrasi secara kasarnya bermaksud hak ditangan masyarakat... Justeru itu, negara kita sememangnya bukan sebuah negara monarki seperti Brunei, Arab Saudi dan sebagainya tetapi kita adalah sebuah negara demokrasi. Demokrasi adalah sistem pentadbiran manakala raja berperlembagaan adalah institusi atau simbol kepada pentadbiran negara sebagai contoh ialah head of state adalah Agung manakala head of government adalah perdana menteri..  Kita harus faham konsep baru lah kita mampu menjawab segala persoalan yang ada... 


Tentulah institusi raja amatlah penting kerana raja adalah simbol agama dan bangsa selain itu, tugas raja adalah memastikan kedaulatan sebuah negara terjamin... Adakah dengan menerangkan bahawa negara ini adalah sebuah negara demokrasi bukannya monarki mengatakan sebagai penetang sebuah institusi diraja... dengan mudah saya menjawab tidak sama sekali... Menurut Aristotle sistem pentadbiran paling bagus adalah yang di pegang oleh aristokrat lebih tepat lagi "philosopher king"... Selain itu, Aristotle menerangkan pelbagai jenis sistem pentadbiran umpama monarki, aristokrasi, demokrasi, mobokrasi dan sebagainya.. Saya jelaskan memang dari sudut pandangan politik negara kita adalah raja berpelembagaan dan  pentadbiran di negara kita berlandaskan pada demokrasi... Saya harap anda semua faham apa yang dimaksudkan dan dapat membuat perbandingan dengan jelas dan tepat... 
read more "Tunas Dalam Debunga"

Sedar dan Berjaga Jangan Sampai Terlelap

4:31 PTG ---
Assalammualaikum, kali ni nak kongsi pasal kes shi'a yang berlerluasa di negara kita. Kita sedar shi'a berjaya menyelinap masuk sedikit demi sedikit ajaranya ke dalam negara kita. Saya tak sangkal tentang hal ini kerana sudah menjadi fakta dan bukan lagi khayalan atau sandiwara. Saya bukanlah nak menyemarakkan sentimen agama dalam hal ini cuma nak anda semua berfikir sebelum membuat keputusan yang bakal merugikan anda suatu hari nanti.. Kita manusia setiap saat kita menggunakan akal kita cuma berteraskan kewarasan yang mengikut lunas-lunas logikal.. Saya bagi contoh yang mudah seperti melintas jalan raya adakah anda terus melintas tanpa toleh kiri dan kanan atau anda melintas jalan pejam mata? kalau anda jawab ya mungkin anda orang kurang upaya atau sempat tiggal di tanjung rambutan.. Kalau anda jawab tidak maka anda mnggunakan minda anda sebaik-baiknya. 

Berbalik semula pada topik yang ingin dibincangkan pada petang yang mulia ini adakah shi'ah sesat? Saya senyap bila ditanya soalan begini tetapi saya akan menjawab sesetengah ajaran shiah menyimpang daripada ajaran yang telah dituntut oleh Islam. Aliran shi'a berpendapat bahawa Nabi Muhammad mewasiatkan pengikutnya menjadi pemimpin umat islam dan bersatu di bawah imam. Mungkin kita mempunyai perbezaan pendapat di sini kerana bagi saya Al- Mawardi menyebut tentang konsep Imam tapi bukan bermaksud  dengan konsep shi'ah. Selain itu, shi'a sendiri mengatakan shi'a sabahiyyah adalah sesat dan bercanggah dengan aliran shi'a. Selain itu, shiah berpendapat bahawa surah dalam Koran sekarang ini tidak semua adalah benar dan ada yang ditokok tambah. Disamping itu, shi'a juga mempunyai hadis mereka sendiri dan kebanyakkan berbeza pendapat dengan sunnah wa jamaah. 


Ini adalah gambar 12 Imam yang digambarkan oleh shi'a Imamiyyah 


Selain daripada itu, shi'a juga menghalalkan nikah kontrak contohnya jika anda menikah dengan saya dengan berpandukan kontrak selama 3 bulan dan setelah tiga bulan maka kontrak tersebut tidak sah lagi kononya ia masih lagi berpandukan pada ajaran islam.. Menurut sunni in adalah haram sama sekali dilaksanakan pada hari ini dan akan datang. Mereka juga menyambut perayaan asyura iaitu perayaan yang dilakukan dengan menyiksa diri mereka  untuk memperingati hussein cucu nabi yang shahid  di padang karbal.Ini sangatlah berbeza dengan cra pengikut sunni  menyambut hari asyura. 


Ini adalah gambaran yang dilakukan oleh puak syiah pada perayaan Asyura 

Kalau dilihat pada keratan akhbar kosmo, metro yang lepas telah menyebut aktivit syiah makin berlerluasa di negara kita dan semakin menular. Selain itu, kerajaan juga menyifatkan shi'a di negara ini adalah sesat. Anda fikirlah sendiri kerana itu adalah diri anda dan juga untuk kebaikan anda sendiri... kalau anda rasakan ia baik untuk anda terpulanglah dan pastikan anda telah berfikir semasak yang mampu... Keputusan di tangan anda sendiri..
read more "Sedar dan Berjaga Jangan Sampai Terlelap"

Konspirasi Teori Satu Persoalan

10:48 PTG ---
Assalammualaikum,  saya bukanlah peminat konspirasi teori kerana saya lebih suka berpandukan fakta. Walaupun tidak berminat tak salah kalau kita menambah ilmu pengetahuaan kita di samping itu kita dapat membuat perbandingan yang mungkin bersifat subjektif mahupun objektif. Ini terpulang pada individu masing-masing untuk menilai dan membuat pertimbangan sendiri. Selalunya konspirasi teori ini di kaitkan dengan pertubuhan sulit (secret societies) seperti Freemason, KGC (knight of golden circle), Illuminati dan sebagainya. Saya nak kaitkan dengan statue of liberty di Amerika yang dikatakan ada kaitan dengan freemason. Sesetengah penduduk Amerika sendiri berpendapat statue of liberty  ada kaitan dengan masonic dengan reka bentuk serta arkitek yang membuat tugu tersebut. Frederic Bartholdi merupakan arkitek statue of liberty pada tahun 1886. Statue of liberty diberikan oleh penduduk perancis kepada amerika sebagai tanda amerika mendapat kemerdekaannya. Sekarang biarkan dahulu sejarah dan mari kita saksikan persamaan pereka dan bentuk tugu tersebut dengan freemason. 


Gambar di atas adalah simbol freemason dimana mereka meletakkan tangan di dalam baju


Ini adalah gambar fredric bartholdi arkitek statue of liberty  melakukan tindakan yang sama seperti  gambar di atas


Gambar dewi harlot yang dikaitkan dengan freemason


Statue of Liberty yang dikatakan mengambil reka bentuk dewi harlot

Selain daripada itu numerologist amerika berpendapat setiap aspek yang ada di statue of liberty dikaitkan dengan no 7. Bucu yang ada kat atas kepala statue itu ada 7, ketinggiannya apabila dikira adalah 7 dan sebagainya. Tetapi yang menjadi persoalan adakah benar statue of liberty dipengaruhi oleh freemason atau ia sekadar anggapan  sahaja? Walaubagaimanapun yang jelasnya statue of liberty menjadi kebanggaan penduduk amerika kerana ia melambangkan kebebasan dan demokrasi di negaranya. 
read more "Konspirasi Teori Satu Persoalan"

Wujudnya Aku bukan angkara Aku bukan kemahuan Aku

6:19 PTG ---

Salam pantai timur barat utara serta selatan..Korang tak tau ke tau aku nak bagi tau kalu korang tak nak ambil tahu pun tak pe kerana aku sekadar berkongsi secebis informasi dari gedung Ilahi. Dia lebih mengetahui segala-galanya kejadiaan alam ini. Pernahkah anda mendergar supermoon? Sebenarnya kengkawan yang aku hormati dari seurat rambut sehingga seulas kuku, supermoon ini biasanya belaku lebih kurang 10 thn sekali. Ada banyak jenis moon contoh cam winter moon. harvesrt moon, full moon dan berbagai-bagai lagi. Ramai yang mengaitkan supermoon dengan tsunami yang berlaku di Jepun. Akan tetapi NASA pantas menepis sangkaan ini dengan mengatakan supermoon tiada langsung kaitan dengan kejadiaan yang menimpa di negara matahari terbit tersebut akan tetapi jika bulan tersebut terlampau sangat rapat maka malapetaka itu mungkin akan terjadi. Kalau korang nak tahu sebab apa dipanggil supermoon kerana supermoon ini kelihatan besar daripada biasa kerana kedudukanya yang agak rapat dengan bumi... Kalau korang berkesempatan korang boleh melihat supermoon pada malam ini 19 atau 20 Mac 2011 atau 10 tahun akan datang. 


                                           Gambar di atas menunjukkan "supermoon" 
read more "Wujudnya Aku bukan angkara Aku bukan kemahuan Aku"

Sungguh tak ku sangka daun keladi bertukar warna

5:54 PTG ---
Pada  malam sabtu bertarikh 19 Mac 2011, aku terpaku memandang kejadian yang mengerikan dan juga mencabar kewarasan akal aku di saluran aljazeera yang berpengkalan di Doha ibu negara Qatar. Kejadiaan yang aku maksudkan ini berlaku di sebuah negara arab iaitu Bahrain... Korang sendiri tahu apa jadi sekarang kat Bahrain.. sekarang ini benua Arab kecoh dengan revolusi serta reformasi malahan rekonstruksi. Aku gelarkan pergolakan ini sebagai revolusi arab... Korang sendiri tahu Bahrain terbahagi kepada dua puak yang besar iaitu sunni dan shi'a. Diorang ini tidak lah bertengkar satu sama lain cuma mengulingkan kerajaan mereka yang mereka anggap tidak begitu sempurna. Korang juga tahu Bahrain ni ada base tentera Amarika yang dibina atas restu kerajaan bahrain sendiri. Apa yang mengemparkan aku adalah polis kena gelek dengan jeep bukan sekali tetapi dua kali dengan kelajuan selaju kuda kepang . . Diharap kejadiaan seperti ini tidak menimpa kat negara-negara lain. Penunjuk perasaan akan berkumpul di pearl square kat Manama sebagai tanda protes kepada kerajaan mereka. Gambar rusuhan pro demokrasi di Manama




read more "Sungguh tak ku sangka daun keladi bertukar warna"