Sedar dan Berjaga Jangan Sampai Terlelap

4:31 PTG ---
Assalammualaikum, kali ni nak kongsi pasal kes shi'a yang berlerluasa di negara kita. Kita sedar shi'a berjaya menyelinap masuk sedikit demi sedikit ajaranya ke dalam negara kita. Saya tak sangkal tentang hal ini kerana sudah menjadi fakta dan bukan lagi khayalan atau sandiwara. Saya bukanlah nak menyemarakkan sentimen agama dalam hal ini cuma nak anda semua berfikir sebelum membuat keputusan yang bakal merugikan anda suatu hari nanti.. Kita manusia setiap saat kita menggunakan akal kita cuma berteraskan kewarasan yang mengikut lunas-lunas logikal.. Saya bagi contoh yang mudah seperti melintas jalan raya adakah anda terus melintas tanpa toleh kiri dan kanan atau anda melintas jalan pejam mata? kalau anda jawab ya mungkin anda orang kurang upaya atau sempat tiggal di tanjung rambutan.. Kalau anda jawab tidak maka anda mnggunakan minda anda sebaik-baiknya. 

Berbalik semula pada topik yang ingin dibincangkan pada petang yang mulia ini adakah shi'ah sesat? Saya senyap bila ditanya soalan begini tetapi saya akan menjawab sesetengah ajaran shiah menyimpang daripada ajaran yang telah dituntut oleh Islam. Aliran shi'a berpendapat bahawa Nabi Muhammad mewasiatkan pengikutnya menjadi pemimpin umat islam dan bersatu di bawah imam. Mungkin kita mempunyai perbezaan pendapat di sini kerana bagi saya Al- Mawardi menyebut tentang konsep Imam tapi bukan bermaksud  dengan konsep shi'ah. Selain itu, shi'a sendiri mengatakan shi'a sabahiyyah adalah sesat dan bercanggah dengan aliran shi'a. Selain itu, shiah berpendapat bahawa surah dalam Koran sekarang ini tidak semua adalah benar dan ada yang ditokok tambah. Disamping itu, shi'a juga mempunyai hadis mereka sendiri dan kebanyakkan berbeza pendapat dengan sunnah wa jamaah. 


Ini adalah gambar 12 Imam yang digambarkan oleh shi'a Imamiyyah 


Selain daripada itu, shi'a juga menghalalkan nikah kontrak contohnya jika anda menikah dengan saya dengan berpandukan kontrak selama 3 bulan dan setelah tiga bulan maka kontrak tersebut tidak sah lagi kononya ia masih lagi berpandukan pada ajaran islam.. Menurut sunni in adalah haram sama sekali dilaksanakan pada hari ini dan akan datang. Mereka juga menyambut perayaan asyura iaitu perayaan yang dilakukan dengan menyiksa diri mereka  untuk memperingati hussein cucu nabi yang shahid  di padang karbal.Ini sangatlah berbeza dengan cra pengikut sunni  menyambut hari asyura. 


Ini adalah gambaran yang dilakukan oleh puak syiah pada perayaan Asyura 

Kalau dilihat pada keratan akhbar kosmo, metro yang lepas telah menyebut aktivit syiah makin berlerluasa di negara kita dan semakin menular. Selain itu, kerajaan juga menyifatkan shi'a di negara ini adalah sesat. Anda fikirlah sendiri kerana itu adalah diri anda dan juga untuk kebaikan anda sendiri... kalau anda rasakan ia baik untuk anda terpulanglah dan pastikan anda telah berfikir semasak yang mampu... Keputusan di tangan anda sendiri..

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t