Bujang Senang mitos atau kebenaran

11:54 PG ---
Nama "bujang senang" begitu sinonim dengan kepercayaan masyarakat Sarawak. Bujang senang dikaitkan dengan buaya yang saiznya dua kali ganda besar daripada buaya biasa. Selain daripada itu, bujang senang juga menjadi ketakukan kepada masyarakat Sarawak kerana manusia adalah habuan kepada pemangsa ini. Cerita tentang bujang senang menjadi cerita lagenda dari turun termurun. Justeru itu, untuk membuktikan kisah ini adalah benar atau mitos perlulah disediakan bukti untuk membuktikan kesahihan cerita ini. Soalan yang perlu dijawab ialah adakah bujang senang wujud di sekitar sungai sarawak atau hanya sekadar cerita? Sebenarnya, bujang senang memang wujud di perairan Sarawak kerana buaya yang bersaiz besar memang diperakui ada di mana-mana sahaja terutama di Afrika dan Asia.

Keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 22 Mei 1992 memaparkan bangkai Bujang Senang yang ditembak di Sungai Pelaban, Sri Aman, Sarawak. Buaya ini pernah mengemparkan masyarakat Sarawak kerana keganasan yang pernah dilakukan dengan menjadikan manusia sebagai sumber makanan. Ini membuatkan pihak polis melancar operasi besar-besaran untuk menangkap buaya tersebut daripada terus mengganas. Akhirnya, buaya tersebut berjaya ditumpaskan dan mati ditembak oleh penduduk kampung. Rangkanya boleh didapati di Ladang Buaya Jong. 

Rangka kepala bujang senang yang telah berjaya ditangkap

Justeru itu, bolehlah dikatakan bahawa kewujudan bujang senang bukanlah sebuah kisah langenda tetapi adalah satu kebenaran dan kewujudan pemangsa ini yang bermaharaja di sungai Sarawak.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t