Assalammualaikum salam ukhwah...
Sebelum saya mengolah lebih dalam topik pada hari ini izinkan saya untuk bertanya kepada para pembaca sekalian.... Saudara dan saudari percayakah akan kewujudan makhluk halus seperti jin dan syaitan??? Saya berpendapat masing2 ada pendapat tersendiri dan mempunyai sebab tertentu akan perkara metaphysical ini.Saudara dan saudari yang dirahmati Allah.. bagi saya jin memanglah wujud kerana dalam al-quran sendiri ada menyentuh tentang jin dan disamping itu diperkuatkan lagi dengan surah al-jin hanya semata-mata untuk menceritakan tentang jin dan cara untuk mengatasi gangguan daripada jin. Oleh itu, apakah yang dikatakan dengan gangguan jin? Bagaimana untuk mengetahui kita diganggu jin?
Petanda anda diganggu oleh makhlus halus:
1. Mimpi budak kecil atau mimpi menyusukan kanak-kanak
2. Terasa diri diekori setiap masa
3. Susah untuk lelapkan mata
4. Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab
5. Malas dan lemah badan tanpa sebab
6. Sentiasa pening kepala dan tidak dapat diubati
7. Mimpi jatuh daripada tempat tinggi dan haiwan liar
Setakat ini sahaja saya kongsikan dan segala kesilapan harap dimaafkan....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
thank you for info... mistik sungguh.. ada info lg kongsi yer...
cm cara perubatan atau amalan2 yg bole kita amal utk hindari...
Catat Ulasan