Iman senjata kita

3:15 PTG ---
Assalammualaikum, saya ada dengar daripada bekas mubaligh kristian bahawa mubaligh kristian di malaysia sangat aktif dan dikenali sebagai MCA (Malays and Malaysian Christian Associatian). Mereka akan melakukan apa cara sekalipun untuk memesongkan akidah orang melayu yang beragama islam untuk keluar daripada agama mereka dan memeluk ajaran kristian. Pelbagai cara yang telah mereka jalankan terutama terhadap remaja melayu kita supaya terpesong daripada akidah mereka samada melalui cara kasar mahupun cara halus. Operasi mereka tidak asing lagi bagi kita kerana kita sudah mengetahui akan pergerakan mereka yang giat aktif dewasa kini. Pergerakan mereka boleh dikesan melalui risalah-risalah yang disebarkan kepada orang melayu yang mempunyai unsur-unsur kristian, selain itu, cara mereka untuk menarik orang melayu terutama dikalangan remaja dengan membantu mereka dari segi kewangan. Kebanyakan remaja melayu kita sudah tegar dengan budaya barat seperti melepak di kelab dan berhibur sehingga lalai dengan meminum arak, berzina dan sebagainya menjadi senjata kepada pendokong kristian untuk menyebar ajaran mereka serta memesongkan akidah orang islam. Cara yang paling mudah adalah dengan berlanja minuman keras yang sudah pasti harga mahal kepada remaja melayu yang akidah mereka sudah tercemar. Dengan alasan ini mereka dapat mempengaruhi remaja melayu untuk meninggalkan ajaran islam dan memeluk ajaran kristian. Tambahan pula mereka juga akan mempengaruhi melalui kesempitan wang kepada belia melayu untuk melanjutkan pelajaran dengan memberi bantuan biasiswa dan sebagai ganti pemuda-pemudi islam harus menukarkan agama mereka ke jalan yang songsang menurut pada ajaran islam.

Kebanyakkan orang melayu yang beragama islam tidak mengamalkan agama islam dan ada juga yang berasakan bahawa ajaran islam ini kolot dan sangat ketat untuk dilaksanakan. Golongan ini menjadi sasaran kepada pendokong kuat ajaran kristian untuk menutup mata mereka dengan benda-benda yang mereka inginkan seperti kebebasan untuk menukar jantina, kebebasan untuk melakukan maksiat, dan sebagainya. Oleh itu, ada antara mereka sanggup menukarkan pegangan islam semata-mata menurut hawa nafsu mereka sahaja. Mubaligh kristian juga pasti mahukan kejayaan mereka berhasil dengan mengaburi mata orang melayu melalui sumbangan wang ringgit kerana wang adalah jalan untuk keluar daripada kesempitan. Ada juga menggunakan taktik hasutan halus melalui muzik umpama kepada remaja-remaja melayu yang minat mempelajari muzik maka penyebar dakyah agama yesus christ ini akan menawarkan pakej percuma untuk mempelajari muzik dengan sempurna. Akan tetapi ada natijah disebalik kebaikan yang dilakukan kerana muzik yang diajar pasti mengandungi unsur-unsur keagaamaan yang pasti memesongkan akidah umat islam terutama bangsa melayu. Disamping itu, ada juga mengunakan cara ikatan cinta dengan menaburkan cinta-cinta palsu yang pasti akan terjerat kepada orang melayu terutama wanita yang sudah tenggelam dengan ayat-ayat cinta yang dilafazkan atas nama yesus christ. Golongan yang mudah terdedah pasti lah kepada mereka yang hidup dengan kehidupan yang liar dan membelakangkan agama islam akhirnya mereka terjerat dalam jerat pastor kristian.

Konklusinya, kita yang beragama islam dan adalah bangsa melayu perlulah mengambil berat akan hal ini dengan lebih pendedahan kepada ajaran islam supaya kita tidak mudah alpa dan kecundang dalam jerat yang dipasang oleh pihak yang ingin menyesatkan kita dengan anasir-anasir sesat. Oleh itu, kita haruslah menguatkan akidah kita dengan mendalami agama kita dan mencari keindahan agama kita dan dengan cara ini kita dapat menempis segala kekangan yang dihadapi dengan mudah kerana kita tahu kita berada dilandasan yang benar dan aksara yang ditulis adalah daripada Tuhan yang benar.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t