Dengar apa yang kita suka terima apa yang kita rasa

8:09 PTG ---
Assalammulaikum,kali ini saya ingin membincangkan lumrah-lumrah manusia tanpa mengira budaya, bangsa, agama dan negara yang punya sifat-sifat yang sama dan dikongsi bersama kita. Sikap ini selalu diketegorikan sebagai "berat sebelah". Ini kerana kita suka mendengar apa yang berpihak pada kita dan akan menolak sebarang pendapat yang tidak sependapat dengan kita. Sebagai manusia yang mempunyai daya intelek yang tinggi, kita mampu membuat keputusan dengan dengan mampu menerima pendapat seseorang individu. Walaupun pendapat beliau dengan suara kita akan tetapi perlu diingatkan kita tidak sempurna dan perlu diperbetulkan, kenapa kita ingin menegakkan benang yang basah sehinggakan kita sendiri yang terluka. Bukan semua pendapat manusia adalah tepat termasuk diri kita sendiri, cubalah kita membuka minda dan hati kita untuk menerima sesuatu pendapat dan juga mampu menerima kritikan kerana ini dapat meningkatkan daya ketahanan mental dan emosi bahkan memperbanyak ilmu pengetahuan dalam diri kita. Ada dikalangan kita inginkan kemenangan dan sanggup memutar belitkan sesuatu fakta demi kepentingan individu. Ini adalah sifat yang tidak wajar dilakukan kerana boleh mendatangkan perbalahan. Akan tetapi jika melibatkan perkara sensetif kita juga harus berfikiran positif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Jika individu tenang dan berfikiran maka segala masalah dapat diatasi walaupun dalam keadaan yang tertekan.

Mulai daripada sekarang, kita perlu tanam semangat setiakawan dan sanggup menerima segala kritikan bagi membuatkan diri kita menjadi matang. Fikirlah segala kritikan diterima walaupun bunynya agar kasar namun kita harus menganggap kritikan yang dilemparkan adalah untuk membina diri kita di masa akan datang. Jika kritikan itu memburukkan diri kita maka elok lah kita tinggalkan kerana kritikan tersebut bukan untuk membantu kita tetapi untuk menjatuhkan kita. Bersesuaian dengan konsep islam, segala tomohan yang dilemparkan perlu bersabar kerana sabar itu separuh daripada iman. Orang yang banyak bersabar adalah orang yang bijak mengawal situasi dan mampu mengatasi setiap rintangan yang dihadapi.n Justeru itu, marilah kita membuka minda kita, lapangkan dada kita dalam menerima pendapat orang lain kerana orang yang mampu mendengar pendapat orang lain adalah orang yang matang. Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t