Dunia Dunia Dunia

2:44 PG ---
Assalammualaikum, saya disini bukan nak berpolitik tapi sedih melihat segelintir masyarakat yg seagama dengan kita dan sebangsa dengan kita sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka yang salah dari segi undang-undang dunia dan akhirat. Tepuk dada tanya iman bukan sekadar tepuk sahaja tanpa menilai kesahihan sesuatu berita. Ada antara kita apabila sebut sahaja tentang politik mula jadi emotional. Daripada kawan jadi lawan kerana berbeza fahaman politik. kebanyakkan kita mudah percaya jika terlampau taksub sampai terlupa untuk menilai kebenaran sesuatu cerita tersebut. Dan ini membuatkan kita untuk menerima bulat-bulat apa yang disampaikan. Saya ada sertakan sekeping gambar yang tidak berapa jelas dan saya harap anda semua dapat menilai kesahihan gambar ini yang dikaitkan untuk menghina sesetengah pihak. Ada pihak yang mengatakan beliau yang di dalam gambar menganjurkan perkara yang ada di dalam gambar. Jika anda berasa gambar ini adalah tulen terpulang kepada anda kerana mungkin anda ada sebab yang sendiri. Mari kita lihat sama-sama gambar tersebut:



Jika anda teliti mata kasar gambar di banner anda akan nampak perbezaan yang ketara antara dua manusia di banner tersebut. Seorang kepala kecil dan seorang lagi kepala besar. Disamping itu, fizikal badan dan kepala tidak sekata kerana badan mengadap ke depan akan tetapi kepala menoleh. Andalah yang membuat keputusan samada gambar tersebut benar atau tidak. Akhir kalam, sampaikan cerita yang benar kerana ia dapat mengelakkan fitnah.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t