5 etika ketika mandi dikawasan air terjun

9:04 PTG ---


1. Lokasi
Mesti tahu tempat anda ingin bermandi-manda jangan pula anda terus je ON dengan selamber pergi kat tempat anda nak mandi tanpa usul periksa. Selidik dulu tempat tu manala tahu tempat tu tak sesuai untuk anda dan keluarga anda. Pastikan tempat tersebut tiada sebarang kejadian atau kemalangan yang pernah melanda seperti mati lemas atau pun kawasan yang agak keras(batu yang banyak sangat) mana la tahu tetiba nak berseronok tanpa anda sedari kepala anda tersadung kena batu tak pasal-pasal dah hilangkan mood anda untuk melepak. Kalau boleh elakkan mandi dikawasan yang manusia tak pernah jejak langsung sebab khuatir mungkin mendatangkan kejadian yang tidak di ingini berlaku.

2. Simpan barang yang penting di tempat yang selamat
Semasa anda berada dikawasan air terjun pastikan anda tidak terjun bersama dengan barang anda seperti telefon bimbit, dompet, kunci kereta atau kunci motor mahupun kunci rumah kerana khuatir ketika anda mandi mungkin barang tersebut akan hanyut bersama tanpa anda sedari. Cara paling elok adalah anda simpan dalam plastik beg atau beg kalis air supaya barang-barang anda berada dalam keadaan selamat. Kadang-kadang syok tengah mandi tiba-tiba hujan dah kompim barang-barang anda pun turut sama basah. Oleh itu bawa lah beg plastik agar mudah sedikit untuk anda menjaga. Pastikan anda tidak terbuang beg plastik tersebut. Cara paling mudah bawala beg plastik warnanya yang terang supaya dapat menarik perhatian anda agar tidak terbuang dengan tidak sengaja.

3. Elakkan pakai baju warna yang agak gelap 
Kalau boleh elakkan pakai baju warna gelap sebab kalau anda lemas susah nak mencari.. Pakai warna yang agak cerah sedikit dan orang pun boleh mudah ingat anda bila anda memakai warna yang terang contoh merah, orange, kuning dan merah jambu. Kadang-kadang kita mandi kat air terjun warna air ada yang keruh ada yang jernih. Bila anda lemas misi menyelamat pun mudah sebab senang nak mencari anda tak kira la waktu malam atau waktu siang insyaAllah akan jumpa juga anda.

4. Jangan Mandi air terjun ketika waktu hujan atau baru lepas hujan
Masa ini air akan deras seperti kereta formula 1 dan peratusan berlakunya lemas agak tinggi. Oleh itu, jangala cuba-cuba nak mandi masa-masa macam ni kalau nak mandi sangat tunggulah air perlahan sedikit baru lah anda mandi.

5. Jangan pakai selipar ketika berada di atas batu yang licin dan di dalam air
Jika anda memakai selipar ketika anda sedang bermandi manda maka selipar anda seharusnya akan hanyut dibawa arus dan jika anda memakai selipar ketika berada di atas batu yang licin maka anda dengan secara langsngnya anda akan tergilicir tercium batu atau tergelincir masuk ke dalam air. Kalau anda tidak tahu berenang maka eloklah tanggalkan selipar anda sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t