Berinteraksi Dengan Orang Asli

2:39 PTG ---

Salam semua, saya hendak kongsi dengan anda semua tentang adab dan tatatertib ketika masuk kampung orang asli dan berinteraksi dengan mereka. Syukur Alhamdulillah dengan pengalaman saya semasa saya menyertai program COMRADE dengan sedikit sebanyak saya boleh berkongsi tips-tips yang boleh anda gunakan semasa anda berada di kampung orang asli. Mungkin diantara anda sudah tahu dan mungkin juga masih belum tahu serta tidak jelas apakah cara yang perlu  dilakukan supaya tidak menyinggung penduduk asal di muka bumi Malaysia ini. Justeru itu, izinkan saya untuk mengolah cara-cara ataupun strategi yang boleh anda guna untuk memantapkan lagi gaya "soft skills" anda bila berbicara sama orang asli.

1. Jangan Berjanji kalau kita tidak yakin kita dapat tepati janji

Orang Asli memang selalu ingat pada kita lebih-lebih lagi yang sudah mempunyai keluarga angkat. Oleh itu, mereka mudah untuk ingat segala janji kita pada mereka. Saya berikan contoh seperti "Apak dan Amak, saya janji tahun depan saya datang melawat Apak dan Amak lagi", bila kita berjanji sebegini tetapi kita belum tahu kita mampu datang atau tidak dan oleh itu jangan sesakali berjanji demikian rupa kerana ia bakal menguris perasaan mereka. Bila kita tak tepati janji kita dan kita ziarah mereka untuk tahun yang akan datang mereka tidak akan percaya pada kita lagi.Anda hanya berkata InshaAllah sudah memadai kerana mereka faham atau sekadar memberi senyuman pun dah cukup.

2. Jangan hina mereka

Kita faham apa makna ayat di atas tapi kita sering lakukan sehingga dapat menyinggung perasaan mereka. Saya berikan contoh "Kotornya rumah, Apak bela anjing??, Sembahyang itu penting Apak kalau apak tidak sembahyang apak masuk neraka. Kita tahu apa kita perlu lakukan tapi bila kita  berada di tempat mereka  kadang-kadang kita terlepas cakap benda yang tidak sepatutnya. Dengan itu, kita perlu lah berhati-hati tentang kata kita supaya kita tidak menguris perasaaan mereka. Sebenarnya orang asli ini pemalu dan cukup sensetif daripada orang melayu dan kita perlu menghormati mereka.

3. Bergaul dengan mereka

Saya sebarnaya tidak pandai bergaul dengan orang tua mahupun budak-budak tapi selepas saya mengikuti program di kampung orang asli banyak saya belajar. Senang dan mudah sahaja untuk kita praktikan dengan mereka. Orang Asli memang pemalu tetapi kalau kita selalu bersembang dengan mereka daripada pemalu mereka akan jadi rapat. Selain itu, kalau boleh kita turut sama sertai mereka seperti bagi yang perempuan bantulah di dapur bersama-sama dan bagi yang lelaki lepak main takrawa ataupun masuk hutan bersama mereka. Dengan cara ini kita berjaya mengeratkan hubungan silaturrahim antara kita dan mereka. Dengan budak-budak kecil pun sama juga, ajak mereka bersembang bersama dan buatlah prog untuk mereka supaya mereka tidak terasa tersisih dan terasing daripada kita.

4. Jangan buat kepala sendiri

Ini paling penting sekali, selepas kita dah rapat dengan mereka akhirnya kita berasakan kita boleh kawtim dengan mereka. Ini adalah pandangan yang salah kerana anda masih lagi tetamu bagi mereka justeru itu adat sebagai seorang tetamu perlulah dijaga. Janganlah dengan slumber anda masuk ke rumah mereka tanpa minta izin, pergi ke tandas mereka untuk buang air tanpa meminta ke izinan atau makan makanan mereka sambil itu siap tapaw macam rumah itu rumah anda. Kalau anda buat macam ini memang mereka tak cakap apa-apa tapi terguris perasaan mereka apabila melihat tingkah laku anda yang kurang sopan terhadap mereka. Walau dah rapat macam mana sekalipun harus di ingat anda perlu jaga tatatertib anda ketika bersama mereka.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t