Lelaki Paling Comel

1:20 PTG ---
Assalammulaikum, aku ada terbaca satu blog mengenai wajah lelaki yang berupa wanita tapi beliau bukan dalam kategori bapok atau lembut tapi lelaki sejati yang masih mengekalkan ciri-ciri kelakian beliau. Beliau berasal dari sebuah negara yang berdekatan dengan negara matahari terbit dan beliau masih lagi muda serta masih lagi sihat wal'afiat. Semoga gambar yang anda semua bakal lihat tidak akan membuatkan anda cemburu terutama bagi yang wanita dan bagi yang lelaki jangla pula anda jatuh hati mungkin anda disambar petir akibat tabiat anda yang kurang elok tersebut. 


Nama yang orang kenali ialah Kiyoshi Sakurazuka dan beliau merupakan seorang lelaki tetapi minat pakai pakaian animasi dan beliau memang 100% asli anak jantan. Beliau dilahirkan pada 4 April 1984 bersamaan bulan rejab tahun 1404 hijrah kalau tak silap. Beliau mempunyai ketinggan seperti manusia lain dan bukan dalam ketegori kenet untuk lelaki Asia iaitu 160 cm bersamaan 5 kaki 4 inci. Selain daripada itu, jenis darah beliau bukanlah jenis bombay mahupun jenis darah amfibia yang lain tapi darah beliau adalah jenis A dan bukan A- mahupun A+.  Beliau dilahirkan di Hunan, China walaupun beliau lahir di Hunan tapi beliau pasti tidak kenal dengan Hunani atau Hanani. Tambahan pula beliau adalah graduan lepasan Beijing Institute of Technology yang menampakan beliau memang bijak dalam bidang teknologi dan bukanlah dalam bidang kesusasteraan bahasa melayu. 



Anda saksikan tidak ada langsung penampakan seperti dada wanita dan yang lebih jelas lagi dada beliau rata seperti lelaki. Bentuk tubuh badan beliau tidaklah sebesar tubuh lelaki kerana berat beliau cuma 40 kg seperti kebanyakan berat tubuh badan wanita atau mungkin beliau kurang makan nasi ayam tomato, laksa pinang, roti nan, teh tarik dan sebagainya menyebabkan tubuh badan beliau kelihatan anggun dan bergaya.



Beliau sempat lagi menghisap rokok mungkin dunhill 20 batang yang agak mahal sekarang ni selepas kena cukai. Tengok gaya beliau yang kiut membuatkan kita tidak menyangka beliau ini sebenarnya lelaki bukanlah perempuan walaupun ada rupa seperti wanita tetapi jiwa tetap jiwa lelaki tanpa melakukan sebarang pembedahan untuk menukar jantina

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t