Masalah dengan Yahoo Messanger [ Tiada tulisan muncul di chatbox]

10:15 PG ---
Salam, korang ada masalah dengan yahoo messanger korang tak? Korang taip tapi tidak keluar sepatah ayat pun kat chat box korang. Korang pelik lalu korang uninstall ym korang tapi hasilnya tetap sama walaupun korang cuba pakai ym versi lain sekalipun. Pernah tak terjadi begini pada korang? kalau pernah aku ada cara yg boleh bantu masalah korang sebab aku pun alami senasib dengan korang semua. Mula-mula sekali korang pergi kat START lepas itu tekan butang RUN dan taip regedit seterunya tekan butang ENTER.  Nanti akan keluar folder lepas korang tekan ENTER dan folder itu ada kat sebelah kiri. Daripada situ korang navigate folder tersebut satu per satu bermula dengan HKEY_CURRENT_USER selepas dah masuk folder ini tekan SOFTWARE dan apabila dah masuk folder software klik MICROSOFT. Lepas korg masuk folder microsoft korang klik WINDOWS dan seterusnya korang klik  CURRENT VERSION selepas itu korang klik pula ke folder INTERNET SETTING dan lepas dah klik internet setting korang pilih ZONES. Apabila korang dah masuk folder zones korang tgk ada tak kelainan pada pada folder korang. Sepatutnya dekat folder zones hanya ada daripada nombor 0-4 kalau ada benda pelik korang delete sahaja. Kebiasaan benda itu ada di atas nombor 0. PERLU DI INGATKAN SEMUA FOLDER INI ADA DI SEBELAH KIRI BUKAN KANAN ATAU TENGAH. Ini untuk membuang bugs sebab kadang-kadang bugs la penyebab masalah pada ym kerana internet explorer memberi kesan pada ym. Lepas korang dah buang benda tu korang pergi dekat RUN semula taip regsvr32 jscript.dll dan tekan OK selepas selesai korang pergi kat RUN kembali dan taip ini regsvr32 vbscript.dll tekan OK lepas itu korang boleh dah menggunakan Yahoo Messanger korang.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t