[Tazkirah Jumaat] Syarat Untuk Mendapatkan Doa Ibu Bapa

3:34 PTG ---
Dlm konteks islam, ibu bapa mempnyai darjat yg tnggi dan harus dihormati dan oleh itu Allah melakhnat kpd sesiapa yang menderhaka kpd kedua2 ibubapa mereka. Oleh sbb itu, doa ibubapa mudah dimakbulkan oleh Allah S.W.T dan sbg seorg anak kita wajib mentaati kedua2 ibubapa kita. Telah disebut dalam hadis Hasan at-Timizi dan ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Sahih Sunan at-Timizi hadis no 1905 dari Rasulullah SAW bersabda "tiga jenis doa yang pasti akan dikabulkan tanpa diragui lagi ialah doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang dalam perjalanan(musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya".

                          
Oleh sebab itulah, beruntunglah kpd sesiapa yg masih lagi mempunyai ibubapa yg masih hidup kerana apabila mereka dalam reda dan mendoakan kebaikan kpd kita nescaya doa mereka akan dimakbulkan oleh Allah Taala.

Tapi bagaimana kita hendak taat kpd mereka supaya mndpt keredhaan ibubapa kita? Satu persoalan yg kita harus bertanya kpd diri kita sendiri supaya kita mnjadi anak2 yg soleh dan solehah. Antara cara2nya ialah:

- BERBUAT BAIK SEMASA MEREKA HIDUP

- BERBUAT BAIK SETELAH MEREKA MENINGGAL DUNIA

- MENUNAIKAN HAK DAN KEWAJIPANNYA

1.Berbuat baik ketika mereka hidup
  1. Memaafkan ibubapa kita
  2. Sentiasa Mendoakan Mereka
  3. Sopan dan Berhikmah
  4. Merendah diri 
  5. Bertimbang rasa dan berkorban
  6. Mencintai dan mengasihi ibubapa
2. Berbuat baik setelah mereka meninggal dunia
  1. Mengurus jenazah ibubapa
  2. Menjelaskan hutang ibubapa
  3. Menunaikan janji ibubapa
  4. Meneruskan apa yg baik dan menghentikan apa yg buruk
  5. Mendoakan keampunan dan rahmat utk mereka
  6. Memuliakan org yg dicintai oleh ibubpa
3. Menunaikan hak dan kewajipannya
  1. Jika orang tua berhajat kpd makan, harus diberi makanan
  2. Jika berhajat kpd pakaian, harus diberikan pakaian
  3. Jika berbicara kpd keduanya (ibubapa) harus lunak, lemah lembut dan sopan santun
  4. Tidak boleh memangil namanya semasa kecil (gelaran)
  5. Jika berjalan harus dibelakangnya (ibubapa)
  6. Suka utk org tuanya (ibubapa) adalah apa yg ia suka bg dirinya sndiri
  7. Membenci bg keduanya (ibubapa) adalah apa yg tidak disukai bg dirinya sndiri
  8. Mendoakan keduanya(ibubapa) supaya memperoleh keampunan Allah dan rahmatNya
  9. Membaca istigfar dan mendoakan serta bersedekah utk kedua orang tuanya(ibubapa)
  10. Jangan memustukan hubungan dgn org yg dahulunya merupakan kwn baik kpd ibubapa. Nescaya akan terpadamlah nur(cahaya).
Seorang dr suku Bani Saliman dtg menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Kedua orang tuaku telah meninggal dunia. Apakah ada jalan untuk berbakti kepada keduanya setelah kematiannya?

Jawab Nabi Muhammad SAW: Ya, membaca istighfar untuk keduanya, melaksanakan wasiat keduanya dan menghormati sahabat-handai keduanya serta menghubungi keluarga dari keduanya. 

sumber: Keajaiban Doa Ibu Bapa susunan Dr.  Muhammad Dhani,Lc, Terbitan Progressive  Publishing House Sdn.Bhd (2011)

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t