Ibu Negara Yang Disalah Anggap

10:06 PG ---
Assalamualaikum wbt kpd anda semua moga bahagia. Pada hari yg indah ini lagi mulia dan dipertemuan kali ini moga diberkati Allah SWT.  Entry kali ini tentang disalah ertikan @ disalah anggap mengenai sesebuah negara yang ramai menjangkakan itu adalah ibu negara bagi negara tersebut. Walaupun ia sebuah negara yang popular @ terkenal akan tetapi masih ramai lagi yang terkeliru akan perkara ini dan ini adalah normal dikalangan masyarakat dunia.

Tujuan saya menulis entry kali ini adalah untuk perbetulkan tanggapan yang salah oleh sesetengah pihak mengenai perkara asas ini iaitu berkaitan lokasi sebenar ibu negara bagi Amerika Syarikat, Australia dan Turkey. Jika andaian ini salah maka mari kita uji kefahaman asas kita samada benar @ hanya mitos semata2. Saya mulakan dengan negara paling terkenal di dunia iaitu negara Amerika Syarikat.


Gambar di atas adalah bandaraya new york  yg acap kali di salah tafsir sebagai ibu negara amerika syarikat. Kesalahan ini bukan sahaja berlaku dikalangan rakyat malaysia bahkan kebanyakan penduduk dunia mempunyai tangapan yang sama bahawa new york merupakan ibu negara bagi USA. Persoalan sekarang ini adalah apakah ibu negara bagi USA...??? ehemmmmm



Gambar di atas merujuk kepada ibu negara USA iaitu Washington DC yang ramai antara kita langsung tidak mengetahui bahawa ini adalah ibu negara bagi USA. Sekarang kita sudah mengetahui dan haruslah segera memperbetul fakta yang silap selama ini.

Seterusnya, kita cuba pula pengetahuan am kita mengenai negara Australia. Apakah ibu negara bagi negara Australia?



Anda juga mesti pernah dengar tentang keindahan Sydney dan kebarangkalian ramai juga mengakui bahawa Sydney merupakan ibu negara bagi negara Australia. Tangapan ini ternyata silap kerana Sydney bukanlah ibu negara bagi negara Australia malahan ia lebih terkenal sebagai pusat pelancongan di benua Australia. Jadi sekarang ini apakah ibu negara Australia?



Adakah gambar diatas merupakan ibu negara bagi negara Australia? jawapannya ia tepat sekali bahawa gambar diatas ialah ibu negara bagi negara Australia yang juga dikenali sebagai bandaraya Canberra.

Kali ini kita ke negara Turkey untuk mengetahui ibu kota yang disalah ertikan oleh sesetengah pihak. Kebanyakan mengakui mereka mengenali Turkey yang terletak di Eropah dan sebahagian negara tersebut berada dalam zon asia. Ramai juga mengetahui bahawa Turkey merupakan negara sekular walaupun sebahagian penduduk di Turkey penganut agama Islam. Justeru itu, mari kita sama-sama uji minda kita mengenai ibu kota untuk negara Tukey.



Istanbul merupakan sebuah bandar yang pesat membangun dari segi sosial, ekonomi dan industri pelancongan. Bandaraya ini juga cukup terkenal dengan sejarah lebih-lebih lagi tentang sejarah ketamadunan islam. Persoalan sekarang ini adakah Istanbul merupakan ibukota bagi negara Turkey? Sudah tentulah Istanbul merupakan bandaraya akan tetapi ia bukanlah ibukata bagi Turkey. Jadi, apakah ibukota negara Turkey?



Gambar diatas merupakan ibukota negara Turkey dikenali sebagai Ankara dan secara jujurnya ramai yang tidak mengetahui bahawa Ankara adalah ibukota bagi negaraTurkey. Kesilapan ini harus diperbetul supaya kesilapan yang sama tidak berlaku lagi pada masa hadapan.

Baiklah, setakat ini sahaja penulisan saya kali ini, diharap kita dapat bertemu lagi di lain masa dan waktu. Assalamualaikum wbt.
























































































































































































2 comments:

Nadiaafarhanaa berkata... Best Blogger Tips

hehe baru tahu... :b

FLUKE 41 berkata... Best Blogger Tips

@nadia farhanakami pn mula2 xtaw jga.. ap yg kami taw kami kongsi bersama br sama2 taw.. keh keh keh

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t