Keluhan yang pasti tak berkekalan

9:57 PG ---
Assalammualaikum, pada pagi yang mulia ini bertarikh 26/03/11 ingin berkongsi cerita yang berlaku di Yemen. Pada petang jumaat yang lepas bertarikh 25/03/11 di tengah ibu kota Sana'a Yemen, president Ali Abdullah Salleh berjanji akan meletak jawatan tetapi hanya kepada pemimpin yang layak untuk memimpin negara tersebut dalam ucapan beliau sebelum bermulanya solat jumaat. Beliau menyeru semua rakyat negara tersebut untuk bersatu bersama dengan kerajaan menentang penunjuk perasaan kerana ini boleh melumpuhkan proses pemulihan di Yemen. Kebanyakkan penujuk perasaan tidak menyambut baik ucapan president mereka dengan menganggap hanya janji manis sahaja dan beliau tidak akan menepati janji. Selain itu, President Ali akan melepaskan jawatan beliau pada akhir tahun ini supaya dapat mencari orang yang layak untuk mengantikan tempat beliau. Walaupun penunjuk perasaan tidak menyokong kenyataan tersebut akan tetapi kebanyakkan pro kerajaan menyambut dengan tangan terbuka kata-kata president mereka.

Ini adalah gambar penunjuk perasaan berarak beramai-ramai di Sana'a Yemen sebagai tanda bantahan terhadap pemimpin mereka


Wanita Yemen juga turut sama meluah ketidakpuas hati terhadap kerajaan mereka



Pro kerajaan turun beramai-ramai sebagai tanda sokongan terhadap kerajaan mereka

 
Berhimpun beramai- ramai tanda setia  terhadap kerajaan mereka

Walaupun penduduk Yemen sendiri tidak tahu bilakah ini akan berakhir akan tetapi dalam diri mereka pasti mahukan penamat  dan penamat tersebut mestilah memberikan kebaikan kepada mereka. Setiap yang mereka inginkan sama ada perubahanan pada tampuk pemerintahan atau yakin pada pemerintahan sekarang akan memberikan kebaikan pada masa akan datang... Yang pasti itulah suara mereka dan hak mereka untuk mereka pertahankan demi negara mereka yang tercinta...

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t