Assalamualaikum, kali ini saya ingin membawa anda ke kisah yang anda belum pernah lagi atau terbit di mana-mana media massa. Kebanyakan kisah ini hanya berpihak sebelah pihak sahaja akan tetapi setelah sekian lama maka satu kisah daripada sudut pihak yang berbeza mula merangkak perlahan-lahan dalam kisah yang sama. Mesti anda semua tertanya-tanya apa yang saya cuba sampaikan.. Sebenarnya ini mengenai filem Miral yang pernah menjadi kontroversi dan dapat penentangan sebelum di tayangkan. Filem Miral ini mengenai seorang budak perempuan yang hidup dalam kesusahan selepas negara palestin dijajah dan sehinggalah kebangkitan intifida yang pertama. Sebelum ini, kita selalu lihat filem yang berpihak pada bukan palestin dan menceritakan kekejaman yang dilakukan oleh palestin tanpa mengenal pasti sebab mengapa mereka bertindak sedemikian rupa. Masyarakat dunia hanya tertumpu pada pihak ini sahaja akan tetapi setelah terbitnya filem ini mungkin mampu untuk mencelikkan mata masyarakat dunia untuk melihat pada sudut pandangan lain pula apa sebenarnya terjadi di palestin. Sebelum itu, saya nak kongsi sedikit yang terjadi kepada Al-aqsa di mana masjid tersebut sebenarnya berada dalam keadaan yang tidak sempurna.. Selain itu, jika kita ingin masuk untuk menunaikan solat, kita perlu melepasi sistem keselamatan yang cukup ketat hanya untuk menunaikan solat di Al-Aqsa.
Kubah yang warna kuning itu sebenarnya adalah kubah batu dan bukanlah al-aqsa. Masjid Al-aqsa yang sebenar adalah yang berada di sebelah kanan.
Kebayakan kita masih lagi berasakan kubah batu adalah al-aqsa dan ini bukanlah salah anda tetapi ini adalah cara media untuk memanupulasi sebaik yang mampu. Dengan gambar yang saya tunjukan ini dapat mencelikan mata untuk berfikir secara kritis dan logik untuk mencari kesahihan.
Filem Miral yang menceritakan pada pandangan penduduk palestin tentang keadaan yang berlaku di palestin
0 comments:
Catat Ulasan