Perubahan dalam Pembaharuan

5:18 PTG ---
    

    Melihat pada peta di atas kita dapat saksikan revolusi tersebut bermula di Tunisia dan merebak ke negara arab yang lain. Negara yang terlibat kebayakannya adalah negara yang di kawal oleh diktator dan hanya segelintir di negara-negara monarki. Revolusi berlaku mungkin rakyat sudah tidak tahan lagi dengan pemimpin mereka mentadbir negara dengan tidak telus dan tidak accountability serta transparent . Ini jelas dapat kita saksikan melalui perhimpunan besar-besaran untuk menuntut supaya pemimpin mereka meletak jawatan.  Selain daripada itu, kebanyakan negara arab adalah pro amerika dan secara terang-terangan ekonomi mereka juga bakal di salur ke negara-negara barat terutama amerika. Ini bukanlah menjadi faktor utama pencetus revolusi tetapi dari sudut pandangan ekonomi masih lagi tidak jelas wang yang dipegang oleh kerajaan diktator ini adakah di uruskan dengan amanah atau tidak masih lagi tidak jelas untuk dinyatakan. Semangat rakyat yang bencikan pemimpin mereka sudah lama tertanam seperti bom jangka masa yang menanti untuk meletup sahaja. 

    Apabila mereka melihat Tunisia bangkit menentang pemimpin mereka lalu ia menjadi jejak langkah kepada bangsa arab yang lain untuk bangkit menentang diktator di negara mereka sendiri. Sebenarnya kebangkitan suara rakyat bukanlah perkara yang baru kerana semasa pengaruh muslim brotherhood di mesir pernah mencentuskan revolusi dan seterusnya menjadi ikutan terutama di indonesia dan tanah melayu semasa ingin mencapai kemerdekaan. kalau anda tidak percaya anda boleh baca buku yang dikarang oleh ahmad bostaman iaitu testamen api politik yang ada dipengaruhi oleh kebangkitan di mesir. Selain daripada itu, penduduk arab inginkan demokrasi yang sah bukanlah demokrasi yang hanya pada nama sahaja. Kebanyakan pemimpin di negara arab memimpin negara mereka berbelas dan berpuluh tahun akibat daripada itu, pemimpin mereka mengambil kesempatan lalu membuatkan mereka menjadi jelek dengan perbuatan pemimpin mereka sendiri. 

Kedudukan Tripoli milik Ghadafi dan Benghazi miik pembangkang tidak begitu jauh

     Mereka inginkan pembaharuan dalam sistem pentadbiran mereka kerana mereka tahu pentadbiran negara mempengaruhi struktur socio-ekonomi di negara mereka. Dalam sejarah Mesir, inilah pertama kali mereka untuk terlibat dalam proses mengundi secara demokrasi kerana sebelum ini walaupun ada proses mengundi tetapi tiada calon pembangkang untuk mengundi hanya tanda samada menyokong atau tidak menyokong pemimpin mereka. 

    Di Libya, perperangan antara tentera ghadafi dengan pembangkang. Tripoli ibu negara Libya dikawal oleh kerajaan dan Bengazhi pula dikawal oleh pembangkang. Ini telah menyebabkan negara luar untuk campur tangan hal dalaman di negara tersebut. Sama juga berlaku di Bahrain, Syria dan Yemen di mana pemberontakan yang berlaku telah meragut ramai nyawa. Pemberontakan yang terbaru berlaku di Jordan sebuah negara dibawah naungan raja sebagai pemimpin. Apabila berlaku di negara ini buat kita fikir akan revolusi perancis 1789 yang menyebut tentang freedom, equality dan fatality untuk menjatuhkan raja louis  XVI supaya negara perancis menjadi sebuah negara yang berdemokrasi. Ada yang tidak mahu menukarkan pucuk pimpinan mereka tetapi mahukan menukarkan undang-undang bagi mereka tidak bersesuaian pada masa kini seperti yang berlaku di Syria.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t