Assalammualaikum, pencinta alam mungkin sudah tahu hari ini hari yang penting dan pasti sudah tertulis dalam kelendar anda. Kepada sesiapa yang masih belum mengetahui lagi, sebenarnya hari ini bertarikh 26/03/11 ialah masa untuk bumi "earth hour". Kebiasaanya tepat pada pukul 8.30 malam di negara -negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini akan mematikan elektrik selama satu jam.Tabung Alam Sedunia (WWF) telah mengajurkan program ini selama 4 tahun dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada semua pihak. Pada asalnya masa untuk bumi dianjurkan oleh negara Australia pada tahun 2007 di bandar sydney dan acara ini mendapat sambutan yang hangat lalu ia dipopularkan ke seluruh pelusuk dunia. Selepas elektrik dihidupkan kembali, marilah kita sama-sama bermuhasabah apa yang kita mampu lakukan untuk menjaga flora dan fauna serta memastikan kebersihan di dunia terjaga. Inilah yang cuba dicapai oleh WWF dengan harapan motif mereka tercapai dan dapat memberikan kesedaran pada penduduk bumi. Malaysia pernah terlibat dengan masa untuk bumi pada 28 Mac 2009 di mana menara KLCC dan kL tower gelap selama sejam.
Gambar Masa Untuk Bumi di Kuala Lumpur pada tahun 2009
Masa Untuk Bumi pada malam ini 26 Mac 2011
0 comments:
Catat Ulasan