Bangga Berbahasa Melayu

11:56 PG ---
Assalammulaikum,

Kita sekarang menghadapi masalah dimana Bahasa Melayu mengalami kemunduran dan andai kata suatu hari nanti bahasa yang kita sanjungi ini akan luput ditenggelam zaman akibat sikap kita sendiri. Ada juga suara-suara yang mengatakan pengaruh bahasa inggeris punca dan penyebab kita mengendahkan bahasa melayu dan disebabkan bahasa inggeris adalah bahasa lingua franca pada abad ini maka kepentingan bahasa inggeris harus didahulukan dan bahasa melayu dikemudiankan.

Memang bahasa inggeris adalah bahasa penting pada masa sekarang akan tetapi kita tidak boleh mengenepikan bahasa ibunda kita kerana "bahasa menunjukkan bangsa" "bahasa jiwa bangsa" dan jika kita mengenepikan bahasa melayu sesungguhnya kita mengenepikan bangsa kita sendiri. Sehubungan dengan itu, adalah molek jika bahasa melayu begerak seiring dengan bahasa inggeris supaya kita dapat meningkatkan mutu bahasa kita.

Ada juga suara-suara sumbang yang akuh dan malu untuk berbahasa melayu walaupun sesama kaum. Golongan ini terlampau memuji-muji bahasa inggeris sehinggakan mereka menjadi lupa daratan akibat taksub dengan bahasa inggeris. Tidak salah untuk berbahasa inggeris akan tetapi perlulah berbahasa melayu juga. Suaikan keadaan untuk berbahasa janganlah dengan setiap kolompok masyarakat kita berbahasa inggeris sahaja kerana berbanggaa kita fasih berbahasa inggeris. Jika anda berbabgga bahasa inggeris tetapi bangsa asing yang pandai bercakap bahasa inggeris bangga apabila ia mampu bertutur dalam bahasa melayu kerana bahasa melayu adalah antaran bahasa yang paling tua di dunia.

Sejarah sendiri telah mengatakan bahawa bahasa melayu adalah bahasa yang tergolong dalam bahasa astronasia yang dimana mencakupi hampir seluruh nusantara. Semasa pemerintahan raja-raja melayu terdahulu, bahasa melayu merupakan bahasa perdagangan, pentadbiran, medium komunikasi harian dan sebagainya atau lebih tepat lagi dikenali sebagai bahasa lingua franca.

Soalah yang selalu diajukan oleh orang ramai kepada Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) ialah adakah bahasa rojak atau slanga tergolong dalam bahasa melayu? Jawapan yang diberikan adalah tidak benar kerana bahasa rojak(pasar) ini antara penyebab bahasa melayu makin meleset statusnya. Kebanyakkan masyarakat melayu lebih gemar berbahasa pasar dan ini akan memberi natijah kepada perkembangan bahasa melayu. Oleh yang demikian penggunaan bahasa rojak perlu dikurangkan kerana ia dapat membantu menaikkan semula martabat bahasa melayu.

Permasalahan ini juga turut berlaku dalam sektor kerajaan apabila kajian dilakukan oleh Dr. Awang Ahmad mendapati hanya 60% sahaja penggunaan bahasa melayu akan tetapi tidaklah semua menggunakan bahasa melayu formal. Apakah kita sudah ditenggelamkan dengan keampuhan dan leka kita terhadap bahasa melayu? siapakah yang diharus disalahkan kalau bukan diri kita sendiri yang cuba untuk memencilkan bahasa kita sendiri. Bahasa melayu cuba sedaya upaya untuk bertahan sungguhpun ia sekarang berada dalam keadaan tenat. Ingatlah, sesuatu bangsa itu akan maju apabila bahasanya turut sama maju. Bahasa melayu menjadi adat umpama pepatah melayu tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Pertahankan adat kita selagi kita mampu sebelum ia ditenggelam zaman. Wassalam.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t