Kaya manusia itu apabila dia mempunyai ilmu

10:00 PG ---
Assalamualaikum, tajuk yg saya cuba gambarkan kali ini mengenai kecintaan kita dalam mencari ilmu. Kita jangka menyangka bahawa pencarian ilmu ini berakhir apabila kita dah di saat-saat bertemu dengan Yang Maha Esa. Fahaman ini ternyata sama sekali meleset kerana ilmu harus dituntut kerana ia satu kewajipan. Ilmu yg kita peroleh bukan sahaja berguna pada diri kita bahkan kepada ummah kita jua. Kecekalan manusia terletak di akalnya yang mampu berfikir secara intelek. Jika kita punya ilmu sudah pasti kita dapat menghasilkan idea- idea yg baru. Adkah ilmu hnya berkaitan dgn akademik sahaja? pada pendapat saya, ilmu mencakupi segala konteks bukan sahaja utk bidang akademik. Untuk membaiki tayar pancit samada kereta mahupun motor kita perlu mengetahui bagaimana cara-cara membaiki atau menukarkan tayar dan ini merupakan satu knowledge yg berguna dewasa kini. Bahkan mop lantai juga dipelajari secara informal dan segala kita peroleh adalah ilmu bahkan sekecil atau semudah sesuatu perkara.

Dalam konteks ini, perlu difahami ilmu mudah untuk diperoleh dan mudah dilaksanakan. Jangan pernah lekang untuk mencari ilmu kerana dengan ilmu masyarakat itu kaya sebab input dan output yg diterima dan diberi sangatlah lengkap. Adakah ilmu hanya boleh diperoleh melalui buku sahaja? Pada aturan saya, ilmu bukan sahaja melalui buku kerana ia boleh diperoleh dimana-mana walaupun kita berada di dalam hutan. Contohnya, anda kelaparan di dalam hutan dan anda makan ikan dan rasanya kurang enak sama sekali. Ternyata sma skali anda sudah mengenali bahawa ada spesis ikan rasanya kurang enak. Oleh kerana itu, bukan susah nk mencari ilmu dan jgan jadikan alasan malas untuk mencari ilmu. Ingatlah wahai keturunan Adam A.S bahawa kekayaan seorang manusia diukur dengan adanya knowledge.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t