Kedai Makan

12:42 PTG ---
    Assalamualaikum, aku nak sembang sedikit tentang kisah yang terjadi di kedai makan yang selalu kita dengar dan lihat. Di kedai makan kita dapat melihat pelbagai jenis manusia bahkan makluk-makhluk lain yang sewaktu denganya ada bersama kita. Apa biasa kita sembang di kedai makan? Biasanya kita akan sembag kosong takpun politik takpun perniagaan ataupun perancangan harian untuk kita lakukan. Kalau di kedai makan biasanya sebelum tunggu orang ambil order kita dah fikir nak order apa tapi kebanyakkan kita mesti order teh tarik ataupun teh o ais. Kenapa agaknya? Tapi ini bukan yang nak aku bincangkan hari ini. Itu sekadar mukadimah sahaja untuk melanjutkan lagi cerita aku tentang kedai makan. Pernah aku makan kat satu kedai makan dimana ada kisah disebaliknya membuatkan aku teringat sampai bila-bila hingga aku sendiri tidak akan lupa akan kisah ini dan jika aku menjadi pelupa barulah aku dah tak teringat segala-galanya.  

   Cerita ini bermula pada tahun yang lepas di sebuah restoran yang agak ternama walaupun aku tak akan bagi tahu apa nama sedangkan aku tahu nama kedai tersebut. Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan bukan di lewat malam mahupun di tengah malam tapi terjadi dalam lingkungan pukul 10.00 malam. Cerita yang aku nak cerita ini tidak pernah masuk televisyen atau radio  atau keluar kat dada-dada akhbar kerana ini adalah cerita daripada sumber utama yakni aku dan jika cerita ini di dengar  bukan melalui aku maka cerita ini adalah cerita mereka dan mereka tidak ada kena mengena dengan cerita aku dan itulah buktinya cerita yang bakal aku cerita bukanlah daripada buah mulut orang lain kerana aku lah pencerita asal cerita ini atau lebih tepat lagi 100% tara ciplak punya.

bukan restoran yang sebenar dan tiada kena mengena langsung dengan storyline aku

    Berbalik semula pada cerita aku tadi, apabila tiba di kedai makan tersebut aku dan kawan aku pun duduklah di kerusi yang disediakan tak kan lah nak makan berdiri tak begitu kawan-kawan? Semasa sedang duduk aku rasa tak sedap hati. Belum aku sempat ambil order dah rasa tak sedap hati sedangkan belum makan lagi macam mana aku tahu hati sedap ke tak?? yang ini aku nak cerita kat kamu orang semua. Aku cakap kat kawan aku jom duduk kat tempat lain sebab rasa lain macam je duduk kat sini. Kawan aku akur dan ikut aku duduk kat tempat lain, selang lima minit kemudian aku nampak lembaga berupa manusia dan ternyata beliau adalah manusia dan bukanya ahli lembaga zakat selangor dan tiada pertalian langsung dengan ketua lembanga negara.Aku bahaskan beliau sebagai mamat sebab mudah sedikit aku nak cerita.. nak tulis nama dia, ic dia aku tiada apatah lagi nombor telefon bimbit lagi la aku tiada. Jadi, nak disenangkan cerita aku bahaskan mamat tak pe kan? memang beliau adalah watak utama dalam cerita ini. Ermm, sambung balik cerita tadi, mamat tadi masuk ke kedai makan dan terus duduk di bangku yang aku duduk tadi. Aku tengok lain macam je mamat tapi aku buat tak endah dan tidak mahu lagi melayan perasaan aku yang membingungkan aku. Aku sembangla dengan kawan aku pasal nak makan apa? nak minum apa? nak............... tak sempat nak sembang benda lain, aku dah tergamam dan kecut perut sebab aku tengok mamat yang duduk tadi dah hilang..

    Aku berasa was-was kerana aku pasti memang ada orang duduk kat  tempat itu dan tak kan lah dalam sekelip mata beliau dapat menghilangkan diri... Mustahil pada pandangan mata untuk melakukan silap mata macam david blaine kat tempat macam ini.  Lalu aku terdegar suara memangil -mangil.. Dari mana suara itu datang? Dari chowkit atau dari fikiran aku sahaja? Tiba-tiba.. ternampak seakan lembaga di atas tanah... Kebimbangan aku akhinrya terjawab selama ini " lah.. mamat ni jatuh tegolek ke?" patutlah senyap je tadi.. Boleh lak beliau melakukan aksi stuntmen time-time macam ini. Ini terjadi kerana kerusi yang beliau duduk tiba-tiba membalikkan lalu beliau pun sekali terbalik.. Moral dari cerita ini... Periksa kerusi yang anda hendak duduk di kedai makan bagi mengelakkan seberang kecelakaan bakal berlaku pada anda semua..

3 comments:

mIsS_FieZa berkata... Best Blogger Tips

ish3... story morry ko nie kaco mood la... seram sgt lor!!

まぐれ 41 berkata... Best Blogger Tips

cerita ni seram?? aku belum tambah audio effect ngn kostum hantu pun seram gak ke??

Nasha Zakariya berkata... Best Blogger Tips

hehhehehehehe...cerita dikedai makan area2 kubur kan..hakhakhak~~ sumpah aku pun gelak bila teringat balik mcm mna ko cerita kan dulu..hahaha~

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t