Kan dah kena

5:07 PTG ---
   Di sebuah tempat yang nama dirahsiahkan ada berlaku satu pergelutan yang tidak dapat dielakkan antara dua pihak yang baru sahaja memutuskan hubungan mereka dalam erti kata lain brake. Mereka dahulu sebenarnya adalah pasangan kekasih yang sangat bahagia sehingga bau kentut masing-masing dikatakan wangi walaupun mereka sedar sebenarnya bau kentut mereka hampeh macam telur tembelang. Kisah percintaan mereka umpama Laila dan Majnun dan seperti Siti Nurhaliza dan Datuk K. Walaupun cinta mereka tidak seperti seleberiti tetapi mereka tetap bahagia kalau keluar pasti bersama, kalau makan pasti berdua dan kalau tidur pasti berasingan kerana mereka mengerti kalau ibubapa mereka bagi pelepak kat muka mahu lebam biji mata. 

  Ini hanyalah dulu tapi sekarang mereka sudah berpisah dan sering kali bertengkar jika berjumpa seperti anjing dengan kuncing, tom dan jerry serta umpama stonecold dengan the rock. Perpisahan mereka berlaku kerana ada persengketaan mereka mengenai kukarangan yang tidak dapat dielakkan yakni duit loket tetapi si lelaki memberi alasan yang hantaran yang diminta oleh pihak wanita adalah tidak munasabah dan musibah tambah beliau lagi. Hampir setengah jam mereka bergaduh di pusat membeli belah tersebut sehingga tiada orang yang sanggup meleraikan mereka akibat takut dipijak perut tak tentul pasal atau dituduh bersubahat  serta mengelakkan daripada dituduh melakukan gangguan  seksual. Ada antara mereka segera melaporkan pada pihak polis bagi meleraikan persengketaan mereka dengan merakam babak-babak pergaduhan mereka sebagai bukti untuk ditunjukkan pada pihak berwajib. Antara dialog-dialog yang sempat dirakam dalam babak tersebut adalah:

Lelaki:  You kenape tak puas hati ngn I lg hah? I dah ikut cakap You apa lagi You nak?

Wanita: I tak nak tengok muka you lagi!!!!! I hate you sooooo much

Lelaki: You malukan I depan member-member I... I ok lagi, tapi bila you dah malukan depan mak bapak I mana I nak letak muka I yang  hensen ni hah?? You tolong la pergi dari hidup I.. I dah tak nak tengok muka you lagi sebab I jelous you lagi lawa daripada awek I yang latest nih...

Wanita: You fikir you jer... You tak pernah fikir tentang I.. You ingat senag nak maafkan you selepas apa yang you dah buat kat I selama ni... You pasng skandal dulu I diam tapi I pasang sekandal sampi 8 pun I diam jugak.. You fikir you siapa hah?? I memang benci orang jantan macam you nih!! huh!! #$%^$&

Lelaki: Aiii die nih.. aku cakap baik-baik tak nak dengar karang aku lepang jugak minah nih.. nak lempang tangan die lagi panjang kompim aku kena lempang dulu sebelum sempat aku lempang die

Wanita: Kalau berani lempang la

Lelaki: Betol??

Wanita: Kalau berani mai la dekat

Lelaki: Tak buat report kalau ana lempang anti?

Wanita: Janji aku tak buat lah (nada menjerit) kau berani kau datanglah lempang aku...!!!!!

123..... Pannnnnnnnnnnngggggggggggggggggg!!! 



Terpelanting perempuan tersebut melekat kat dinding....

Setelah mengkaji dengan teliti video tersebut, ternyata perkara ini tidak boleh disaman atau dibawa ke muka pengadilan akibat proses penamparan tersebut berlaku bukan atas desakan tetapi lebih kepada kerelaan..

Moral daripada cerita ini ialah fikir dahulu sebelum membuat sebarang keputusan

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t