Cita-cita yang tidak kesampaian

7:00 PTG ---

       Di sebuah tasik berdekatan dengan bandar managua tinggal berbagai jenis ikan antaraya ikan patin, ikan parang, ikan toman dan banyak lagi jenis ikan. Cuma ada dua jenis ikan yang tidak begitu popular dikalangan kaum ikan yang lain sehinggakan mereka selalu disisihkan iaitu ikan talapia dan ikan bandaraya. Ikan talapia selalu di panggil bodoh kerana sikapnya yang selalu duduk senyap walaupun dikutuk dan di hina oleh ikan-ikan lain lalu melekatla nama talapia bodoh dan akan tetapi beliau tidak peduli dengan tomohan yang dilemparkan pada beliau kerana beliau tahu kerana suatu hari  nanti nasib beliau akan berubah juga. Malahan pula beliau juga sekutu rapat dengan ikan bandaraya kerana mereka selalu kawtim antara satu sama lain dan pernah memasuki kuat lentang 200 meter berpasukan di perairan amazon di mana mereka menduduki tempat ketiga di kalangan tiga pasukan perlumba yang bertanding.


        Ikan bandaraya sangat berwawasan tinggi kerana beliau mempunyai iltizam yang kuat untuk melihat suatu hari nanti di tasik ini bakal mempunyai datuk bandar yang akan menjaga kebersihan tasik seperti yang dilaungkan oleh ikan-ikan bandaraya yang terdahulu "utamakan kebersihan sayangilah tasik kita".Beliau masih berpegang teguh pada falsafah nenek moyang beliau dan ini kerana ikan bandaraya selalu mob lantai tasik, kutip najis-najis ikan yang ada dan dilupuskan oleh beliau sendiri. Walaupun ikan bandaraya selalu dikeji akibat sikapnya yang pengotor tetapi beliau tetap cool kerana beliau tahu kalau tanpa beliau maka ikan lain akan mati kesesakan nafas akibat tersedut bau taik yang melebihi dos biasa yang telah ditetapkan oleh jabatan perikanan sedunia. 

         Ikan talapia selalu lepak dengan ikan bandaraya dan port biasa mereka melepak adalah di bawah batang kayu yang hanyut kerana mereka tahu tiada siapa berani melepak di sini selain mereka akibat kayu tersebut  yang sangat uzur serta mempunyai ciri-ciri paras rupa yang berbeza. Ini kerana kayu tersebut bukan sebarang kayu tetapi kayu besbol yang tenggelam dek di mamam usia. Ikan talipia mempuyai idea yang mahu dikongsi bersama dengan ikan bandaraya dengan menyatakan untuk berpindah ke tempat yang lain. Setelah mendengar pendapat ikan talapia, ikan bandaraya berasa hairan kerana selama ini mereka hidup bahagia, susah senang bersama tetapi mengapa dengan tiba-tiba ikan talapia menyatakan ingin berpindah ke tempat lain. Ikan talapia menjelaskan sebab mengapa beliau ingin meninggalkan kawasan ini dengan alasan ingin bukak bussiness baru di kawasan lain kerana tasik yang sekarang mereka duduki taraf hidup terlampau tinggi susah nak mencari kerja dengan ekonomi yang makin meleset dewasa kini.

          Ikan bandaraya bersetuju dengan idea ikan talapia untuk berpindah atas alasan ingin memajukan diri. Beliau pun memulakan ucapan teks dengan penuh wawasan dengan panjag lebar yang hampir tebal 120 muka surat sehinggakan dapat menitiskan air mata kepada sesiapa yang mendengarnya akibat daripada kekerapan menguap sehingga mampu mengeluarkan air mata ikhlas. Sesudah selesai ucapan ikan bandaraya, beliau bertanya kembali kepada ikan talapia mengenai perniagaan yang ingin beliau lakukan pada masa akan datang. Tanpa segan silu serta tanpa malu beliau memberitahu kepada ikan bandaraya bahawa beliau ingin menjadi tauke ikan yang berjaya akan tetapi belum sempat beliau menghabiskan kata-kata beliau tiba-tiba kepala beliau dipelangkung oleh ikan bandaraya. Ikan bandaraya dengan nada menahan marah memberitahu ikan talapia bahawa idea beliau boleh menjahanam kaum-kaum ikan di dunia kerana belum pernah dalam sejarah ikan ada ikan jual ikan dan yang jadi tauke ikan adalah apek-apek, tandachi-tadachi, mr-mr dan juga para def-def terhormat iaitu encik-encik. Idea ikan talapia ditolak bulat-bulat oleh ikan bandaraya yang dah nak bengang  kalau diikutkan hati ikan bandaraya rasa macam nak tembak sahaja ikan talapia dengan AK 47.

moral cerita ini ialah sedangkan ikan tidak pernah menjual kaum sejenisnya tetapi mengapa manusia lebih teruk perangainya daripada ikan dengan tanpa belas kasihan menjual manusia demi kepentingan diri sendiri. Sama-sama  kita hentikan perdagagan manusia

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t