Lain yang minta lain pula yang dapat

10:21 PTG ---
     Abu bukan nama sebenar seorang yang miskin tapi tidaklah papa kedana kerana beliau buat bussiness sendiri iaitu peminta sedekah di jalan raja laut. Walaupun pekerjaan beliau tidak mendatangkan income yang banyak namun beliau tetap gigih berusaha untuk menjadi pengemis yang berjaya di sekitar lembah kelang. Pekerjaan beliau kadang-kadang mendatangkan untung dan acapkali rugi kerana mengikut apa yang beliau kata, ini semua bergantung kepada demand dan supply oleh customer yakni yang bagi sedekah dan supplier dituju khas kepada peminta sedekah. Menurut beliau lagi, faktor kewangan juga menjadi pencetus utama kepada penurunan keutunugan beliau dan ini juga disebabkan oleh jangkaan harga pada masa akan datang yang menyebabkan kebanyakkan pengemis terpaksa bersara awal. Oleh itu, masyarakat haruslah berusaha lebih  gigih bagi memantapkan lagi instutusi pengemis di kuala lumpur dengan bersedekah lebih kerap dan lebih daripada rm 2 barulah keutungan bersih dapat dicapai kata beliau lagi ketika berucap di atas bangku berdekatan dengan area pasar budaya. 

     Oleh kerana keuntungan yang diperoleh tidak memberangsangkan lalu Abu mengambil keputusan yang kurang cermat dengan melibatkan dirinya ke dalam sistem cepat kaya atau lebih tepat lagi nombor ekor. Abu selalu membeli nombor ekor di kedai sport toto 4D dengan harga RM 20 untuk satu nombor. Beliau mula meramalkan apakah nombor yang bakal menjai champion supaya dia mendapat hadiah yang lumayan. Baginya inlah paling penting kerana dia dapat mengeluarkan diri beliau daripada kelompok kemiskinan. Setiap kali beliau menikam nombor tidak pernah mengena langsung nak kata sipi-sipi nak kena pun tidak juga. Lalu Abu pun mengambil keputusan untuk berjumpa bomoh bagi mendapatkan nombor "ong" yang akan beliau tikam besok. Segala persiapan yang diminta oleh tok bomoh sudah Abu laksanakan seperti ayam goreng kunyit, cendol pulut dan telur masak separuh sudah terhidang di hadapan tok bomoh cuma tunggu mentera untuk dibaca sahaja. Tok bomoh pun memulakan proses pemujaan dengan menyebut nama-nama jin dan syaitan dan sempat lagi tokbomoh membaca novel lagenda budak setan kerana mengikut tok bomoh ada kena mengena dengan jampi beliau. 

    Setelah selesai menjampi lalu tok bomoh bagi nombor yang diminta oleh Abu. Punyalah suka si Abu sampaikan beliau togelek-golek macam ayam golek sehiggakan tok bomoh terpaksa menegur aksi hodoh si Abu yang boleh membuatkan tok bomoh hendak muntah darah. Belum sempat tok bomoh menjelaskan dengan lebih lanjut Abu sudah melesapkan dirinya dengan pantas macam pelesit. Pada keesokkan harinya, Abu pergilah membeli nombor yang telah diramalkan oleh tok bomoh dengan muka yang ceria lagi bergaya. Abu sempat lagi memasang angan-angan apabila nombor tersebut mendapat tempat pertama beliau ingin meminang lisa surihani dan membeli jet pejuang F31. 

   Pada keesokkan harinya Abu pergi membeli surat khabar dan membelik muka surat tengah untuk melihat nombor yang tercatit di artikel tersebut. Alangkah terkejutnya beliau kerana nombor yang beliau impikan akhirnya tidak mengena langsung. Abu dengan perasaan marah pergi berjumpa dengan tok bomoh tersebut dan memberitahu hajat beliau kemari. Tok bomoh dengan senyum sinis memberitahu Abu bahawa "kalaulah ase dapet meneka nombor ekor lama dah ase main tak jadi tok bomoh dah, yang ase bagi aritu bukan nombor ekor tapi adalah nombor angka giliran ase masa ase masuk duit kat bank ari jemaat lopeh". Abu berasa sangat berang lalu membelasah tok bomoh tersebut dengan memberi penerajang serta penumbuk tepat ke bijik mata tok bomoh sampai pecah ketumbik yang ada dimata tok bomoh tersebut kerana sanggup permainkan hati dan perasaan beliau yang berkecai macam laksa telur kecai yang duk jual kat kuala kedah.


Pengajaran dari cerita ini janganlah kita terlampau taksub dan percaya dengan ramalan yang dibuat manusia seperti zodiak, tangkal atau mengharapkan bantuan daripada Jin dan syaitan kerana ini adalah perbuatan yang syirik dan boleh menyebabkan akidah kita terpesong.



3 comments:

Unknown berkata... Best Blogger Tips

👉 *Siapa kata main judi tk blih kaya??* Siapa kata tokeh judi sentiasa menang??
Saya selalu menang dlm berjudi..tetapi tokeh judi tk prnah bankrup krn dia bayar nombor yg saya selalu menang dgn duit dri mrk2 yg sentiasa kalah..

Ada cara nk menang!!!
Marilah menang judi nombor bersama saya..

*Whatsapp shj 013 655 7 445*

Unknown berkata... Best Blogger Tips

Watsap saya 01112915708

Unknown berkata... Best Blogger Tips

Wtsp Saya 01112915708 Atau pun fb Saya MAZLAN lan

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t