Konspirasi Teori Satu Persoalan

10:48 PTG ---
Assalammualaikum,  saya bukanlah peminat konspirasi teori kerana saya lebih suka berpandukan fakta. Walaupun tidak berminat tak salah kalau kita menambah ilmu pengetahuaan kita di samping itu kita dapat membuat perbandingan yang mungkin bersifat subjektif mahupun objektif. Ini terpulang pada individu masing-masing untuk menilai dan membuat pertimbangan sendiri. Selalunya konspirasi teori ini di kaitkan dengan pertubuhan sulit (secret societies) seperti Freemason, KGC (knight of golden circle), Illuminati dan sebagainya. Saya nak kaitkan dengan statue of liberty di Amerika yang dikatakan ada kaitan dengan freemason. Sesetengah penduduk Amerika sendiri berpendapat statue of liberty  ada kaitan dengan masonic dengan reka bentuk serta arkitek yang membuat tugu tersebut. Frederic Bartholdi merupakan arkitek statue of liberty pada tahun 1886. Statue of liberty diberikan oleh penduduk perancis kepada amerika sebagai tanda amerika mendapat kemerdekaannya. Sekarang biarkan dahulu sejarah dan mari kita saksikan persamaan pereka dan bentuk tugu tersebut dengan freemason. 


Gambar di atas adalah simbol freemason dimana mereka meletakkan tangan di dalam baju


Ini adalah gambar fredric bartholdi arkitek statue of liberty  melakukan tindakan yang sama seperti  gambar di atas


Gambar dewi harlot yang dikaitkan dengan freemason


Statue of Liberty yang dikatakan mengambil reka bentuk dewi harlot

Selain daripada itu numerologist amerika berpendapat setiap aspek yang ada di statue of liberty dikaitkan dengan no 7. Bucu yang ada kat atas kepala statue itu ada 7, ketinggiannya apabila dikira adalah 7 dan sebagainya. Tetapi yang menjadi persoalan adakah benar statue of liberty dipengaruhi oleh freemason atau ia sekadar anggapan  sahaja? Walaubagaimanapun yang jelasnya statue of liberty menjadi kebanggaan penduduk amerika kerana ia melambangkan kebebasan dan demokrasi di negaranya. 

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t