Sungguh tak ku sangka daun keladi bertukar warna

5:54 PTG ---
Pada  malam sabtu bertarikh 19 Mac 2011, aku terpaku memandang kejadian yang mengerikan dan juga mencabar kewarasan akal aku di saluran aljazeera yang berpengkalan di Doha ibu negara Qatar. Kejadiaan yang aku maksudkan ini berlaku di sebuah negara arab iaitu Bahrain... Korang sendiri tahu apa jadi sekarang kat Bahrain.. sekarang ini benua Arab kecoh dengan revolusi serta reformasi malahan rekonstruksi. Aku gelarkan pergolakan ini sebagai revolusi arab... Korang sendiri tahu Bahrain terbahagi kepada dua puak yang besar iaitu sunni dan shi'a. Diorang ini tidak lah bertengkar satu sama lain cuma mengulingkan kerajaan mereka yang mereka anggap tidak begitu sempurna. Korang juga tahu Bahrain ni ada base tentera Amarika yang dibina atas restu kerajaan bahrain sendiri. Apa yang mengemparkan aku adalah polis kena gelek dengan jeep bukan sekali tetapi dua kali dengan kelajuan selaju kuda kepang . . Diharap kejadiaan seperti ini tidak menimpa kat negara-negara lain. Penunjuk perasaan akan berkumpul di pearl square kat Manama sebagai tanda protes kepada kerajaan mereka. Gambar rusuhan pro demokrasi di Manama




0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t