Selesakan diri sebelum ke UIA

2:17 PTG ---
Assalammualaikum, kepada sesiapa yang berminat utk msuk uia dan ingin tau tentang subjek2 yg ditawarkan di UIA boleh saya terangkan secara kasar apa yg perlu anda tau utk wt persediaan msuk blajar di universiti islam antrabangsa. Kat uia ada menawarkan kos ekonomi, arkitekture, kejuteraaan, sains kemanusian, ilmu wahyu, sains bio, sains fizik, farmasi, medik, pengajian arab, pengajian inggeris, pengajian komputer (ICT) dan sebagainya. Apa yang perlu anda tahu ialah sebelum anda ditawarkan utk membuat sarjana anda akan ditawarkan dahulu pembelajaran di pusat asasi dan apabila dah masuk UIA ayat pertama korang dengar ialah ta'aruf bermakna suai kenal kerana pada masa ini lah korang nak tahu selok belok tempat kat uia dan cari kawan. UIA ada 2 pusat asasi iaitu di petaling jaya utk aliran sains dan di nilai utk aliran sastera selama setahun, setahun setengah atau 2 tahun bergantung kepada tahap bahasa inggeris anda. Apabila anda masuk sahaja ke UIA anda akan di uji tahap bahasa inggeris dan arab anda. Keputusan itu akan dikeluarkan melalui sistem level seperti level 3, 4,5 dan 6 tetapi untuk arab hanya 2 level sahaja tapi untuk pengajian islam anda ada 6 level . Untuk level 3 dan 4 anda ditawarkan belajar selama 2 tahun dan untuk level 5 dan 6 pula selama satu setengah atau satu tahun sahaja. Bagi arab level 1 dan 2  maknaya anda kena ambil arab dan untuk pengajian islam level arab anda akan menentukan selama mana anda berada di pusat asasi. 

Selepas anda tamat pengajian di pusat asasi anda akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran kepada peringkat lebih tinggi di kampus utama samada di kuantan atau di gombak selama 4 atau 5 tahun. Di kampus kuantan ditawarkan utk aliran sains dan di gombak ditawarkan utk aliran sastera cuma kejuteraan drpd aliran sains shja di gombak dan selebihnya di kuantan. Ada kelainan pembelajaraan semasa belajar sebagai penuntut pusat asasi dan kampus utama. Perbezaan yang paling ketara ialah semasa di pusat asasi jadual anda di susun oleh pihak pentadbiran tetapi di kampus utama pula anda sendiri yang akan menyusun jadual anda. Selain itu, di kampus anda akan diuji sekali lagi tapi bukan ujian bahasa cuma ujian tahap anda dalam pembacaan alquran atau lebih tepat dikenali sebagai ujian tilawah. Di samping itu, tidak semua kos ada kaitan dengan arab   bukan macam kat pusat asasi. Semasa di kampus utama hanya kos ilmu wahyu, sains kemanusiaan, pengajiaan arab, pengajiaan inggeris dan undang2 sahaja yg wajib utk ambil arab. 

Perlu diingatkan juga, di UIA sistem pembelajaraan adalah dalam bahasa inggeris dan peperiksaan juga dijalankan dalam bahasa inggeris. Ada juga kelebihan menjadi penuntut UIA kerana semasa anda belajar di pusat asasi anda akan diberikan biasiswa sebanyak rm 1000 satu sem tetapi di UIA kampus utama anda di tawarkan ptpn atau biasiswa bergantung pada keputusan CGPA anda. Selain daripada itu, suasana UIA tak sama seperti di universiti lain kerana kolej kediaman dipanggil mahalah (kolej) dan di dalam kafeteria kolej di UIA tidak bercampur antara lelaki dan wanita. Setakat ini sahaja saya boleh berkongsi tentang UIA jika anda  ingin tahu lebih lanjut sila layari laman web UIA http://www.iium.edu.my/ 

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t