Sediakan payung sebelum hujan

5:52 PTG ---
Salam muhibah salam perkenalan, kali ini saya nak memberitahu perkara penting yang melanda negara kita. Di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca terlevisyen gempar dengan kes jenayah yang melimbatkan penggunaan asid sehinggakan sampai ke telinga menteri-menteri untuk dipertimbang penjualan dan penggunaan asid di negara kita. Kes jenayah ini dilakukan oleh 2 pemuda berbangsa india dan seorang berbangsa cina. Mereka kebiasaannya menunggang motorsikal dan melemparkan asid tersebut ke orang awam terutama wanita. mereka sering aktif di sekitar kuala lumpur, wangsa maju, brickfields dan kawasan yang mempuyai tumpuan orang ramai. Pihak polis melaporkan bahawa orang yang terlibat memilih mangsa secara random. Selain daripada itu, pihak polis juga menasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama golongan wanita ketika hendak keluar ke pusat bandar.Asid tersebut disimpan di dalam botol yang dikerat dan diletakan dalam plastik bag sebelum dicampakkan ke mangsa. Banyak kes sudah dilaporkan melibatkan simbahan asid ini dan jumlah mangsa juga termasuk pelancong asing yang datang mengunjung ke negara kita.

Oleh itu, anda haruslah lebih peka dan berhati-hati dengan penuggang motorsikal honda EX5 berwarna hitam dan juga ketika berada di perhentian bas kerana anda mungkin menjadi mangsa seterusnya. Justeru itu, kita haruslah menyediakan payung sebelum hujan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku ke atas kita. Tambahan pula, jika anda mengecam muka yang terlibat lebih afdhal jika anda terus berhubung dengan pihak polis supaya kita dapat mengekang perkara ini daripada terus berlarutan. Tindakan yang wajar perlu diambil kerana kita rakyat malaysia yang mengamalkan prinsip keprihatinan dan dengan cara ini kita dapat bekerjasama dengan pihak polis untuk membenteras jenayah bersama-sama.Untuk membantu pihak polis anda turut sama dengan menjadi sebahagian daripada mereka iaitu menyertai rakan kop. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang rakan kop anda boleh melayari laman web rasmi mereka iaitu http://www.rakancop.net/

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t