Thomas Jefferson beli Qur'an???

9:49 PG ---


Ini ialah Thomas Jefferson

Assalammualaikum, kali ini nak cerita sejarah sikit tentang kebenaran Thomas Jafferson membeli quran dan sebab2 mengapakah beliau membeli quran tersebut. Thomas Jefferson adalah presiden Amerika yang ke tiga. Beliau merupakan orang yang paling berpengaruh di selurh Amerika pada zaman beliau. Apa yang membingungkan ialah al-Quran yang dibeli oleh beliau daripada England. Pada masa itu, terjemahaan Quran dalam bahasa inggeris sudah ada dijual. Beliau membeli Quran tersebut dan mengkaji dengan penuh teliti. Thomas Jefferson bukan seperti rakan-rakan sejawatnya yang lain, beliau mempunyai semangat ingin tahu yang begitu tinggi. Selain itu, beliau ingin memdalami Quran dipengaruhi oleh legal studies beliau yang berkaitan dengan natural laws. Kita dah tahu sedikit sebanyak tentang Thomas Jefferson dan hubung kait beliau dengan Quran. Akan tetapi adakah cerita mengenai beliau dan Quran adalah benar? Jawapanya anda boleh dapatkan salinan Quran yang dibeli oleh Thomas Jefferson di library of Congress Washington D.C. Pada asalnya perpustakaan tersebut adalah milik Thomas Jefferson sebelum beliau menjualnya kepada kerajaan Amerika.


Mengapakah beliau membeli salinan Quran? ada yang mengatakan beliau ingin mengkaji tentang islam dan kaitan agama islam dengan keganasan. Beliau ingin mengetahui cara mengalahkan umat islam melalui Quran dan pada masa itu memang ada berlaku peperangan dengan orang islam. Ini membuatkan Thomas mencari penyelesaian melalui Quran dan dalam pada masa yang sama menggunakan Quran utk menjatuhkan kerajaan muslimin. Ada pula mengatakan Thomas Jefferson membeli salinan Quran atas dasar ingin mengetahui ajaran dalam Quran yang ada kaitan dengan kehidupan manusia. Beliau mengkaji dan meyelidik sesuatu sehinggakan beliau berasakan Quran adalah sifat yang sempurna kerana merangkumi semua perkara. Beliau juga menyusun mengikut kronologi ayat dalam Quran di dalam perpustakaan beliau pada waktu itu sebelum diberi nama sebagai library of congress. Beliau menggunakan kewarasan akal beliau dengan mengaitkan Quran dan sistem undang2 kerana beliau merupakan pakar dalam bidang tatahukum (legal system). Tambahan pula, beliau juga mencadangkan Peter Carr untuk memahami Quran kerana bagi Thomas Jefferson Quran adalah unik dan lengkap dengan segala perkara. Akan tetapi Thomas Jefferson bukanlah seorang islam. Beliau mungkin pagan atau kristian.

Konlusinya, sesiapa tidak mengetahu mengapa thomas jefferson membeli Quran dan pelbagai andaian telah dibuat mengenai Quran milik Thomas Jefferson. Adakah ia digunakan untuk menentang orang islam atau digunakan untuk mencari breaking point dalam America legal system, tiada siapa yang tahu jawapan sebenarnya.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t