Apakah sebenarnya AUKU

3:11 PTG ---
Assalammulaikum, sudah lama tidak menulis di blog ini kerana sibuk dengan urusan harian. Topik nak ceritakan pada hari ini lebih kepada informasi kepada pelajar-pelajar universiti kerana ada segelintir pelajar universiti masih tidak tahu apa itu AUKU. Kita selalu dengar di dada-dada akhbar dan dikaca televisyen mengenai AUKU yang selalu dibangkitkan oleh para siswazah.

Persoalan utama sekarang ini adakah para siswazah mengetahui apa itu AUKU? atau hanya mengetahui AUKU menyekat kebebasan siswazah dalam penglibatan politik. Ini lah yang masih di alami oleh sesetengah siswazah yang masih tidak mengerti apa itu AUKU. Saya pernah menjalakan kajian di satu universiti tempatan tentang AUKU dan kebanyakan mereka tidak mengetahui 100% apa sebenarnya AUKU.

Penuntut universiti tempatan haruslah peka tentang AUKU kerana ini adalah undang-undang yang harus dipatuhi. Disamping itu,AUKU bukan sahaja meliputi pelajar bahkan tenaga pengajar juga terlibat dalam AUKU. Perkataan AUKU adalah singkatan bagi Akta Universiti dan Kolej Universiti yang merangkumi tata tertib dan undang-undang dalam etika dan sistem yang terdapat di setiap institusi pengajian tinggi tempatan.

Penekanan ini bukan sahaja meliputi peraturan asas bahkan penyusunan sistem akedemik juga menjadi faktor utama. Kerajaan juga ada melonggarkan sedikit daripada Akta yang lama dan digubal lebih bebas cntohnya pemilih rektor atau dekan, pelaksanaan undang2 dalam universiti dan sebagainya.

Ada yang berpendapat AUKU patut dihapsukan kerana tidak sesuai diguna pakai pada zaman sekarang dan ada yang berpendapat harus dikaji semula dan pendekatan kedua di ambil oleh pihak kerajaan bagi membuatkan sistem universiti lebih tersusun dan bebas.

Bagi sesetengah siswazah, mereka mahukan kebebasan dalam politik kepada penuntut universiti perlu dilonggarkan dan ada juga yang berpendapat bahawa perlu dikekalkan akta tersebut. Pendapat 1 ada juga mendapat sokongan daripada pihak atas dan pernah dibahaskan dan majoriti pula berpendapat siswazah tidak perlu terlibat dalam politik atas sebab2 tertentu.

Yang paling penting AUKU bukanlah semata-mata mengenai penglibatan siswa dalam politik bahkan ia mencakupi segala peraturan yg melibatkan universiti dan kolej universiti daripada peringkat atas sehinggalah ke akar umbi.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t