[Tips] Elak Kata Laluan Digondam

10:42 PG ---


Kata laluan biasanya digunakan untuk mengakses perkhidmatan dan maklumat dalam web. Terdapat banyak kata laluan yang anda perlu ingat, oleh itu, anda mungkin memilih kata laluan yang mudah diingat malah menulisnya di tempat yang boleh dilihat orang.






Berikut adalah beberapa tip untuk anda melindungi kata laluan anda dan membina kata laluan yang kuat:

Jangan kongsi kata laluan anda dalam Internet, menerusi e-mel atau dalam telefon. Tiada sesiapa akan meminta untuk menghantar kata laluan anda kepada mereka. Berhati-hati jika ada yang bertanya.

* Menggunakan kata laluan yang mempunyai sekurang-kurangnya 8 aksara, yang termasuk kombinasi nombor dan simbol.

* Elakkan perkataan atau frasa biasa. Penggodam boleh menggunakan program yang mencuba setiap perkataan dalam kamus.

* Jangan gunakan maklumat peribadi anda atau sebarang perkataan atau frasa yang berkaitan dengan anda.

* Anda perlu sentiasa menukar kata laluan dengan kerap. Setiap 3 bulan sekurang-kurangnya.

* Anda perlu menggunakan kata laluan berlainan pada setiap akaun yang anda akses.

* Satu cara mencipta kata laluan yang kuat ialah mendapatkan frasa yang anda boleh ingat dan mengambil huruf pertama bagi setiap perkataan sebagai kata laluan anda, menukar huruf yang anda boleh ingat. Contohnya, “Everyone knows the sun sets at dawn” akan menjadi “e1ktss@d”.



sumber: PCDotCom

2 comments:

pha is berkata... Best Blogger Tips

nice info... tapi agak leceh la kalau nak buat semua... lagipon, pasword yg sekarang ni pon selalu lupa... hehehehe

FLUKE 41 berkata... Best Blogger Tips

@pha is sharing is caring.. :s

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t