Perubahan Diri Yang Melampaui Batasan

2:22 PTG ---
Assalammualaikum rakan-rakan sekalian yang sedang  membaca atau terbaca post ini dengan sengaja atau tidak disengajakan. Entry kali ini, tidaklah menjadi isu yang boleh lagi dipertikaikan malahan isu ini juga menjadi lumrah dalam kehidupan manusia zaman sekarang. Saya berkata demikian kerana kita dapat melihat masyarakat zaman sekarang tidak lagi memandang serong atau membantah setiap perilaku manusia yang secara terang menentang hukum alam. Ini adalah disebabkan oleh evolusi pemikiran masyarakat dunia yang semakin hari semakin membebankan the equality of population (dengan izin) dalam kelompok masyarakat sekarang. 

Apa yang saya maksudkan?

Mungkin persolaan saya akan menjadi isu yang sensetif untuk dibincangkan kerana tiada siapa yang berani untuk menegur terutama dalam budaya barat yang telah menerima pembaharuan ini dengan hati terbuka malahan menyokong gerakan dakyah yang menyimpang dari logikal akal fikiran. Mungkin anda tidak akan faham melalui penulisan saya. Izinkan saya perjelaskan melalui foto-foto yang bakal saya sajikan kepada anda untuk merenung dan membuka minda anda adakah ini yang dimaksudkan dengan kemodenan, kesamarataan dan kebudayaan masyarakat dewasa kini.











Foto-foto diatas adalah foto perubahan jantina daripada wanita ke lelaki dan ini dahulunya menjadi isu yang hangat diperkatakan dan kini isu ini tidak lagi boleh dibincangkan oleh sebab mereka mempunyai hak untuk menikmati kehidupan seperti manusia yang lain. Perubahan yang mereka lakukan bukan kerana atas pilihan mereka sendiri akan tetapi kerana naluri mereka yang megalami  krisis identiti yang mengatakan mereka sepatutnya dilahirkan sebagai seorang lelaki. Perkara ini jangan terus dibiarkan begitu sahaja kerana ini sudah menjadi satu ikutan dimana mereka semakin berani untuk bersuara untuk menyatakan hak-hak mereka sebagai golongan yang istimewa. Pada pendapat saya, andai kata ianya mengenai naluri hati adakah ia boleh diterima dengan akal fikiran? perkara ini tidak berlaku secara kebetulan oleh sebab ia terjadi melalui kehidupan bebas mereka terutama dalam pergaulan yang menghalalkan yang haram seperti seks bebas. Selain itu, faktor ini lah punca penyebab kepada kepincangan morality mereka. Jika ia dikatakan naluri adakah ia boleh diterima? andai kata naluri saya bersifat kambing adakah saya boleh menukar diri saya menjadi kambing? andai kata naluri saya berkata saya adalah bunga cempaka adakah saya boleh mengubah diri saya menjadi bunga? memang ia sesetengah manusia diuji dengan naluri untuk berkasih dengan sesama jantina tetapi ia adalah satu cubaan yang maha dasyat untuk kita sama2 mendekati kepada yang maha esa. Jika kita punya agama kita tidak bisa untuk menerima keadaan sebegini rupa.

Tambahan pula, ada yang mengatakan ini adalah pilihan hati mereka dan mereka berhak untuk tentukan hidup mereka. Satu soalan ringkas yang saya ingin kita renungkan bersama, andai kata ia berkaitan dengan pilihan adakah kita ada hak untuk memilih hidup selama2nya dan tidak mati? renung2kanlah apa yang cuba saya sampaikan.

2 comments:

Rniz berkata... Best Blogger Tips

Dunia dah akhir zaman, omputeh sume bleh, klon manusia pun dioarg buat.....over advance yg menyimpang.

Tanpa Nama berkata... Best Blogger Tips

@Rniz
ya benar tu, dunia tnpa sempadan membinasakan pemikiran manusia yg kolot dlm hal-hal kehidupan manusia sejagat.

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t