Aduh!! sakitnya gigi

1:34 PTG ---
Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pada kali saya ingin berkongsi tentang natijah apabila anda lambat merawat gigi anda. Sebagaimana kita tahu, sakit gigi adalah salah satu faktor yang boleh memudaratkan kesihatan kita. Ini kerana kebiasaanya, pesakit yang mengalami sakit gigi yg kronik akan mempercepatkan jangkitan kuman daripada gusi ke organ-organ dalaman lain terutamanya jantung. Sebilangan daripada kita membiarkan sakit gigi kerana beranggapan mungkin akan hilang dengan sendirinya akan tetapi kesakitan itu makin terasa dan membengkak. Apabila gusi sudah membengkak maka gusi anda secara langsung telah dijangkiti kuman dan boleh mengakibatkan nanah. Oleh itu, kita perlu bertindak di peringkat awal lagi supaya dapat menghalang jangkitan kuman. Apabila gusi anda sudah dijangkiti kuman maka anda ada dua pilihan samada mencabut gigi anda atau membuat pembedahan di gusi yang berjumlah lebih kurang rm 350. jika anda biarkan dengan lebih lama tanpa sebarang rawatan kemungkinan besar gusi anda mula berdarah dan gigi anda sudah pasti rosak. Kes ini langsungnya terjadi kepada pesakit gigi yang mengalami gigi berlubang. Justeru itu, apabila gigi anda berlubang anda pastikan untuk mendapat rawatan dengan segera supaya dapat mengelakkan daripada gusi anda dijangkiti kuman dan gigi anda menjadi reput.

Selain itu, jika anda memberus gigi dan mudah berdarah kemumgkinan besar gusi anda lembut atau plat pada gigi anda sudah menjadi keras. Justeru itu, anda dinasihatkan berjumpa dengan pakar gigi untuk mendapatkan nasihat dalam penjagaan gigi. Saya syorkan anda melakukan scaling gigi atau dalam bahasa mudah pembersihan gigi untuk 6 bulan sekali bagi menjaga gigi anda. Selain daripada rawatan terkini anda boleh juga menjaga gigi anda melalui kaedah traditional. Di samping itu, anda perlulah memeriksa gigi anda secara berterusan bagi memastikan gigi anda berada dalam keadaan sihat sentiasa. Di sini saya juga ingin menegaskan bahana sakit gigi jika anda tidak merawat dengan cepat kerana kesakitan pada gigi dan gusi akan membuatkan anda tidak mudah tidur lena, terasa sakit sampai ke otak, bengkak di gusi mula merebak dan gigi anda mula menjadi reput dan mudah berdarah. Selain daripada itu, anda jangan cabut gigi anda ketika sakit kerana mungkin akan memberi kemudaratan kepada nyawa anda sendiri. Selalunya doktor gigi tidak akan mencabut gigi pesakit ketika gusi mereka masih lagi bengkak kerana khuatir kuman daripada gusi akan merebak ke organ-organ yang penting. Oleh itu, doktor akan memberi ubat antibiotik dan ubat bengkak untuk surutkan kesakitan. Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang penjagaan gigi, anda boleh melayari laman sawang yang dianjurkan oleh dokt0r-doktor gigi atau pergi terus ke klinik gigi berhampiran anda untuk maklumat lebih lanjut.

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t