Siapa Irshad Manji

6:25 PTG ---
Persoalan2 yang dibangkitkan dan perlu dijawab adalah:

1. siapakah sebenarnya irshad manji?
2. adakah beliau seorang muslim liberal?
3. Benarkah beliau menyokong LGBT?
4. Apakah benar beliau menyokong kewujudan negara israel?


1. Siapakah Irshad Manji?
   Beliau mempunyai kerakyatan kanada meskipun lahir pada tahun 1968 di Uganda. Keluarga Ibu beliau berasal dari Mesir manakala bapa beliau berasal dari India Merupakan seorang wanita feminis, penulis, wartawan dan aktivis muslim di seluruh dunia dan penentang tegar penyokong islam radikal. Beliau banyak mempertikal fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh ulama mengenai hak dan kebebasan.

2. Adakah beliau seorang muslim liberal?
    Akhbar The New York Times menyifatkan Irshad Manji sebagai mimpi ngeri Osama Bin Laden kerana beliau berani menentang hak asasi dalam islam melalui penulisan beliau. Antara buku terbitan yang popular di serata dunia adalah  The Trouble With Islam Today: A Muslim's Call for reform in Her Faith. Beliau juga banyak terlibat dalam forum, ceramah dan ucapan di luar negara untuk menerangkan pentingnya islam dikaji secara liberal (hak individu). Beliau menyifatkan kedudukan manusia terutama wanita dalam islam perlu diberi mandat dan kebebasan dalam kehidupan harian. Hasil kerja beliau juga mendapat sambutan hangat di dunia barat terutama di negara kanada dan amarika syarikat antaranya Oprah Winfrey meanugerahkan beliau dengan "First Annual Chutzpah Award for audacity,nerve,boldness and conviction". Ms Magazine memilih beliau sebagai "Feminist for the 21st Century". Maclean's, Canada national news magazine mengiktiraf beliau sebagai "one of ten Canadians Who Make a Diffrence".

3. Benarkah beliau menyokong LGBT?
     Dalam temubual dengan Al-Arabiya.Net beliau secara terang menyokong LGBT bahkan beliau juga mengakui dirinya seorang lesbian. Beliau lebih tertarik kepada pluralism dimana Islam perlu difahami secara meluas bahkan LGBT adalah satu pilihan manusia. Beliau turut menegaskan tuhan tidak akan mengubah nasib kaumnya melainkan kaumnya mengubah nasibnya sendiri. Jika masyarakat islam boleh menerima LGBT maka masyarakat islam boleh hidup aman dan damai bahkan beliau juga menyifatkan nabi Muhammad seorang femenis. Walaupun beliau tahu beliau bakal menerima kritkan hebat daripada masyarakat islam tapi beliau yakin persepsi ini dapat diubah jika isu ini diterangkan secara mendalam dan ini dapat menyakinkan masyarakat islam.

4. Apakah benar beliau menyokong kewujudan negara Israel?
     Irshad Manji menyatakan secara terbuka di stesen televisyen CNN bahawa Israel berhak untuk membina sebuah negara di tanah palestin dan perlu adanya sepakatan antara israel dan palestin dalam membenteras konflik ini daripada berterusan. Beliau menegaskan bahawa keharmonian dapat dicapai jika kedua-dua pihak dapat beruding secara aman. Walaupun ada menyatakan beliau anti semitic (kebencian terhadap yahudi) akan tetapi beliau tetap memperjuangkan penubuhan negara israel di palestin. 
     

0 comments:

Catat Ulasan

:a   :b   :c   :d   :e   :f   :g   :h   :i   :j   :k   :l   :m   :n   :o   :p   :q   :r   :s   :t